Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Servis Tukar Minyak Hitam Ducati Monster 795

Selama beli motosikal telanjang ni, ini pertama kali hantar servis ke bengkel selepas 2 tahun, sejak PKP 2020. Memang sejak PKP lagi, jarang sangat guna motor ni. Tak tau kenapa, mungkin sebab selalu sangat dengan moto kapcai Modenas Kriss MR1. Namun, nak tak nak, motor besar ni kena hantar pegi bengkel juga untuk di selenggara. Aku start dengan basic dulu, hantar servis tukar minyak hitam Ducati Monster 795 yang dah lama terendam di dalam.

Memang sejak aku beli motorsikal Ducati ni tahun 2015, aku tak pernah hantar ke bengkel berkaitan Ducati Malaysia atau adik beradik dia. Sebab apa, sebab harga mereka quote, mahal sangat berbanding kedai biasa. Aku masih ada pilihan, boleh je hantar ke bengkel biasa, tetapi kena pandai survey dan tanya Otai-Otai permotoran yang dah lama main motor.

Baca : Kos Tukar Tayar Ducati Monster

Servis Tukar Minyak Hitam Ducati

Servis Tukar Minyak Hitam Ducati Monster 795

Servis Tukar Minyak Hitam Ducati Monster 795
 

Sepatutnya, motor besar ni dah kena ready dah untuk buat Desmo kali kedua, bila cukup 40,000km. Memandangkan, motor ni jarang sangat aku guna, dari mileage 25,000km, sekarang baru 36,000km saja, maka rasanya boleh ‘hold’ dulu hantar untuk Desmo. Target aku, sebelum akhir tahun kena hantar sebab memang nak kena ganti oil sealed dan parts dalam memandangkan usia dan kesan wear & tear.

Lagipun bajet untuk Desmo kena sediakan sekitar RM2500. Maknanya, kena la cari duit dan simpan dulu sikit-sikit. Hahaha…

Kali ini, hantar untuk servis berkala biasa. Tukar minyak hitam, tukar oil filter, check brake, check clutch, check dan servis rantai dan rendahkan fork depan sikit supaya lebih selesa.

Kos kali ini RM217 sahaja untuk 4 botol Minyak Petronas dan Oil Filter. Kos-kos lain tauke kedai kata Percuma. Alhamdulillah. Jimat la dalam RM50. Servis pun bagus, pomen pun friendly dan sporting. Tauke lagi sempoi.
 

Servis Tukar Minyak Hitam Ducati Monster 795

Servis Tukar Minyak Hitam Ducati Monster 795

Servis Tukar Minyak Hitam Ducati Monster 795
 

Korang tengoklah betapa hitam pekatnya minyak hitam dari motor aku ni. Bertahun duduk dalam tu tanpa tukar. Nasib baik aku bukan kaki lenjan motor tak tentu pasal. Bawa motor pun ride perlahan dan santai saja. Kalau tak jaga elok, boleh rosak enjin dan effect parts lain.

Untuk anda yang ada motorsikal superbike yang mempunyai cc yang besar, boleh la datang sini. Aku sangat syorkan servis motor kat sini. Orang tak ramai, servis cepat dan terbaik. Harga pulak boleh bincang nak ambik servis premium atau pakej Rahmah.

Boleh singgah ke bengkel GS CYCLE SDN BHD Damansara Damai (HQ). Mereka memang dealer dan buat servis jenama motor-motor besar seperti Ducati, BMW, Kawasaki, Yamaha, Motorsikal Itali, QJMotor, dan banyak lagi lah.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.