Servis Tukar Rantai Motorsikal Ducati Monster 795
|Hampir 7 tahun sejak mula bergerak, dengan mileage sejauh 36,000km, kali ini tak boleh nak tunggu dah. Nak tak nak, terpaksa tukar rantai motorsikal. Memandangkan beberapa bulan lepas sudah beli secara online rantai motorsikal DID 525 dari Jepun, minggu lepas ambil masa sekejap untuk Servis Tukar Rantai Motorsikal Ducati Monster.
Kalau ikutkan mileage, rasanya berbaloi dengan penggunaan rantai original stock motorsikal Ducati Monster 795. Tak pasti jenama apa, tetapi dengan perjalanan sejauh lebih 36,000km, cukup memuaskan. Cuma sejak 6 bulan lepas, rantai dah mula start longgar dan tak boleh diselamatkan lagi.
Baca : Review Ducati Monster 795 Malaysia
Servis Tukar Rantai Motorsikal Ducati Monster
Ramai pengguna superbike dan motorsikal besar mengesyorkan rantai motorsikal jenis DID 525 untuk tunggangan yang terbaik.
Nasib baik, bila tengok sprocket, masih lagi boleh guna. Walaupun sepatutnya, bila tukar rantai motorsikal, kena tukar sprocket terus. Memandangkan bajet dah abis banyak untuk persediaan raya dan juga servis kereta untuk balik kampung, bajet untuk servis motorsikal ni terpaksa lah dijimatkan.
Untuk info, rantai DID 525 yang saya ganti ini dibeli dari Jepun, kedai spare parts. Alhamdulillah, berbaloi dengan kondisi rantai yang masih elok serta harga yang sangat murah, cuma RM50 sahaja. Kalau beli rantai DID 525 baru, harga sekitar RM350.
Baca : Beli Motosikal Dapat Jam GShock Percuma
Memandangkan hanya di kedai motorsikal Kangkang Sentul sahaja yang paling dekat dan paling saya biasa, maka kat situ lah tempat terbaik untuk tukar rantai.
Kos upah sekitar RM30 dan tambah dengan Pin Rantai Original DID RM25. Tak sampai 15 minit, servis dan kerja ganti rantai motorsikal Ducati Monster 795 ini siap. Nasib baik juga, masa sampai sana, tak banyak motor, jadi tak perlu tunggu lama.
Untuk info, sebagai penunggan motorsikal, kita sendiri perlu peka dalam penjagaan rantai motorsikal, lebih-lebih lagi kepada anda yang menggunakan kenderaan ini seharian.
Sebaiknya, selalu letak minyak rantai jangan biarkan ianya kering dan pastikan rantai sentiasa tegang untuk perjalanan yang lebih selamat.
Ada pengguna motorsikal, sampai rantai putus baru nak mencari yang baru. Ini satu keadaan yang sangat bahaya. Bila rantai putus ketika dalam keadaan bergerak, ia berkemungkinan tersangkut pada bahagian moto atau roda dan akibatnya anda boleh hilang kawalan ataupun rantai boleh melibas sehingga merosakkan bahagian enjin.
Jika tidak nasib baik, penunggang mungkin akan jatuh atas jalan dan boleh menyebabkab kecederaan yang parah.
Nak tahu tips penjagaan rantai motorsikal, boleh baca sini Tips Penjagaan Motorsikal.
suka tgk moto besar2 ni hehe