Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Pengalaman Buat Urutan Servis Chiropractic Kuala Lumpur

Teruja bila pertama kali saya Buat Urutan Servis Chiropractic Kuala Lumpur. Chiropractic Adjustment ialah satu lagi servis teknik urutan pilihan ramai. Perkhidmatan pembetulan urat dan tulang badan ini dikenali dengan nama Chiropractic. Walaupun ia sudah lama dipraktikkan diluar negara, namun ia satu cara yang baru popular di negara kita. Teknik urutan badan ini semakin menjadi pilihan ramai selepas teknik urutan tradisional.

Urutan Chiropractic Adjustment ialah salah satu cara rawatan yang dilakukan untuk mengatasi masalah gangguan pada sistem otot & tulang belakang (muskuloskeletal). Ia termasuk memperbaiki sistem saraf, serta rasa sakit dan ketegangan yang dihasilkan dari gangguan tersebut.

urutan chiropractic kuala lumpur

Baca : Tempat Urut Happy Ending Paling Best Kuala Lumpur

 


Pengalaman Buat Urutan Servis Chiropractic Kuala Lumpur

Buat-Urutan-Servis-Chiropractor-Kuala-Lumpur-02 copy

chiropractic-tulang-belakang
 

Cara rawatan Chropractic Adjustment ini lebih mudah difahami dengan cara memperbetulkan dan penyesuaian rangka tubuh badan serta struktur-struktur rangka berkaitan yang mampu mengatasi gangguan urat, tulang dan juga struktur tulang belakang. Kebiasaannya, yang paling penting ialah berkaitan dengan adalah tulang belakang.

Antara lain yang terlibat dalam urutan Chiropractic ini termasuk otot-otot dan susunan saraf di sekitar tulang belakang. Teknik yang betul boleh membantu dalam proses penyembuhan sakit kepala, sakit sendi dan pelbagai ketegangan saraf otot & tulang belakang (neuromusculoskeletal) pada leher, punggung, lengan dan kaki.

Baca : Informasi Tentang Chiropractic Adjustment
 

Urutan Servis Chiropractic Di Kuala Lumpur

Sejujurnya, ini pertama kali saya buat servis urutan Chripractic Adjustment ini dengan salah seorang Pakar Chiropractor di Kuala Lumpur.

Beliau salah seorang pengamal Chiropractor dan punyai sijil tauliah dalam beberapa bidang berkaitan dengan Sports Recovery dan Urutan.

Kebetulan, ketika beliau bercuti, kami datang untuk mencuba urutan chiropractor Kuala Lumpur. Hanya untuk sesi sekitar 45 minit, ia dimulakan dengan urutan menggunakan mesin urut khas bagi meregangkan otot, urat, sendi berkaitan. Katanya ia penting supaya tulang tidak terkejut bila membuat regangan nanti.

Baca : Harga Urut Kaki dan Badan Di Chiang Mai Cuma RM20 Sejam

Selama sekitar 10 minit, badan akan diurut mengikut turutan yang betul. Dari bahagian atas, hingga ke bahagian kaki anda akan di urut dulu dengan mesin ini. Bila semua sudah selesai, Tukang Chiropractor akan mula merasa lokasi-lokasi penting di badan kita untuk melihat kesan atau impak yang perlu diperbetulkan.

Selepas berpuas hati, maka akan bermula sesi regangan dan tarikan yang akan membuatkan anda terdengar bunyi-bunyi regangan tulang di badan anda. Hasil dari urutan ini memang terbaik, urutan yang happy ending.
 

Buat-Urutan-Servis-Chiropractor-Kuala-Lumpur-03

Buat-Urutan-Servis-Chiropractor-Kuala-Lumpur-04

Buat-Urutan-Servis-Chiropractor-Kuala-Lumpur-05

Nota Kaki : Maaf Gambar Kurang Kualiti Kerana Pencahayaan Yang Kurang
&nbsp

Selama 45 minit ini, ia satu pengalaman baru yang mungkin sesi terapi urutan terbaik pernah saya cuba. Ia sangat simple, hanya memakai pakaian biasa yang longgar dan anda akan diurut dan kemudian di tekan dan di tarik sana sini untuk memperbetulkan tulang dan otot sendiri yang terlibat.

Bermula dari belakang, bunyi crack chiropractic memang membuatkan rasa lega. Kemudian dengan sedikit tekanan di pinggang kiri dan kanan, bunyinya memang sangat puas. Paling best, bila kepala anda ditarik dengan tuala memngeluarkan bunyi yang belum pernah anda dengar. Sangat-sangat melegakan.

Sudah pasti saya akan buat urutan servis Chiropractor Kuala Lumpur ini lagi dalam masa sebulan yang akan datang, jika beliau ada kelapangan.

Harga untuk servis urutan chiropractic di Malaysia agak mahal, sekitar RM150 hingga ke ribuan ringgit bergantung kepada pakej yang di ambil. Tetapi dengan Chiropractic Kuala Lumpur ni, harga servis sangat berbaloi. Lebih murah dari lokasi lain.

Oh ya, untuk anda yang bercadang nak buat servis urutan chiropractic di Malaysia, pastikan anda mencari pakar yang bertauliah. Servis ini nampak simple, tetapi ia sangat merbahaya kerana ia melibatkan beberapa bahagian badan yang sensitif dan boleh mengalami kecederaan jika tidak mengikut prosedur yang sebenar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.