Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sesame Street Live Elmo Makes Music Jadual Persembahan Dan Tiket

Rancangan ‘Educational Entertainment’ yang terkenal Sesame Street telah memulakan kerjaya di televisyen awam di Amerika Syarikat sejak tahun 1969. Rancangan TV Sesame Street ini mempunyai penonton di seluruh dunia yang terbesar mana-mana program televisyen kanak-kanak. Dari sini lahirnya idea Sesame Street Live Elmo Makes Music.
Sesame Street telah dikenali di seluruh dunia dan telah diterjemahkan ke dalam lebih daripada 20 bahasa. Sejak tayangan perdana pada tahun 1980, Sesame Street Live telah membawa watak-watak-dan paling dicintai di dunia kanak-kanak di atas pentas. Antara yang menjadi tumpuan ialah Elmo, Big Bird, Oscar, Ernie and Bert, Cookies Monster dan banyak lagi. Kini Resorts World Genting membawakan Sesame Street Live Elmo Makes Music.

Media Launch Sesame Street Live Elmo Makes Music

Elmo Makes Music Sesame Street Genting Highlands
Elmo Makes Music Sesame Street Genting Highlands
Elmo Makes Music Sesame Street Genting Highlands
Tiket Sesame Street Live Elmo Genting
Sesame Street Live merupakan pertunjukan pentas kanak-kanak yang paling lama! Setiap persembahan Sesame Street Live bernilai berjuta dolar dengan gaya olahan muzik cara Broadway. Persembahan selama 90 minit ini ditulis dan dihasilkan berasaskan ‘Sesame Workshop’ dan berdasarkan program televisyen Pemenang Anugerah Emmy ini (Emmy Award-Winning).
Ticket Elmo Makes Music Genting
Sesame Street Live Elmo Makes Music di Genting Highlands ini bermula pada 28 November 2014 sehingga 3 Januari 2015. Persembahan ala Broadway ini akan berlangsung setiap hari, setiap minggu, kecuali pada hari Selasa.
Anda boleh dapatkan tiket persembahan Sesame Street Live Elmo Makes Music dari harga RM88 (PS2), RM108 (PS1) dan VIP RM158 (Dewasa) dan RM118 (Kanak-kanak). Untuk pemegang Kad Kredit CIMB Bank dan Genting Rewards Member, diskaun sebanyak 30% untuk anda sekiranya anda membeli tiket-tiket tersebut sehingga 31 Ogos 2014.
Untuk anda yang ingin mendapatkan pakej istimewa Sesame Street Live Elmo Makes Music, khususnya untuk pakej 2 dewasa dan 2 kanak-kanak yang mana termasuk penginapan 2 hari 1 malam di hotel-hotel samada First World Hotel atau Awana Hotel, anda boleh semak harga tawaran istimewa di laman web Resorts World Genting.
Bagi anda yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh terus layari laman web rasmi Sesame Street Live : Elmo Makes Music at Genting Highlands
Jom bawa anak-anak di musim cuti sekolah ke persembahan Broadway Elmo Makes Music Sesame Street Live

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.