Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sesekali Layan Hobi Anak-Anak

Sewaktu di A’Famosa Resort, antara yang paling happy ialah anak-anak kerana dapat pengalaman ke Cowboy Town, Safari World dan juga ke Water Theme Park. Selain itu, masa berada di sekitar A’Famosa anak-anak suka bermain dengan ikan dan juga kuda padi atau Poney.

Senang je kalau nak layan anak-anak ni, cari je binatang peliharaan yang diorang minat dan bagi masa diorang bermain dengan binatang peliharaan tersebut. Tak perlu nak beli, cukup layan di ‘Pet Shop’ atau di kawasan tarikan pelancong seperti A’Famosa Resort ni.

 

 

Tak kira la anda nak layan binatang peliharaan kat mana, cuma nak bagitahu yang salah satu cara untuk luangkan masa berkualiti dengan anak-anak ialah di masa kanak-kanak mereka bersama hobi atau minat mereka.

Masa kanak-kanak mereka masa untuk kita bersama dengan kenangan terindah kerana bila anak-anak dah cecah umur remaja, sudah pasti kita akan semakin kehilangan waktu bersama mereka.

Jadi, semasa mereka masih bergelar kanak-kanak ni, luangkan masa sebanyak mungkin bersama mereka. Kenangan mereka sudah pasti sesuatu yang akan menjadi kenangan waktu kanak-kanak yang akan diingati selamanya. Ia lebih bernilai jika ia kenangan terindah kanak-kanak bersama keluarga tersayang.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.