Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sesekali Layan Joget Dengan Orang Asli Pos Raya Perak

Sesekali Layan Joget Dengan Orang Asli Pos Raya Perak boleh tahan juga. Tarian tradisional orang asli yang agak rancak dan menarik. Tok Batin dan anak-anak buahnya memang sporting dan sangat friendly. Pertama kali sampai di Kampung Pos Raya Simpang Pulai ini, rasa macam balik kampung sendiri. Semua yang sambut kami, peramah umpama keluarga.

Perkampungan Orang Asli di Kampung Pos Raya Simpang Pulai ini didiami oleh ramai masyarakat orang asli yang terdiri dari Suku Kaum Temiar. Bangsa Temiar ini antara yang paling ramai dan lebih moden sikit berbanding suku kaum orang asli yang lain di Perak.

Baca : Tempat Menarik di Perak Victoria Bridge

 


Tarian Orang Asli Suku Kaum Temiar

 

orang asli simpang pulai

 

Sebelum itu, MrJocko dan Crew di bawa untuk melihat bagaimana mereka mencari kulit kayu yang sesuai untuk dijadikan baju. Zaman dulu, orang asli hanya menggunakan kulit kayu sebagai pakaian.

Sebenarnya kreatif, bagaimana cara buat baju dari kulit kayu? Jangan lupa tonton rancangan Travelogue “Nota Kembara Bersama MrJocko” di saluran RTM1 dan saluran BES1 nanti.

Untuk episod itu, MrJocko tunjukkan kepada penonton bagaimana cara orang asli membuat baju dan juga kami turut bertandang ke rumah orang asli yang dibuat diatas bukit. Memang ini satu pengalaman baru.

 

Sesekali Layan Joget Dengan Orang Asli Pos Raya Perak Sesekali Layan Joget Dengan Orang Asli Pos Raya Perak Sesekali Layan Joget Dengan Orang Asli Pos Raya Perak

 

 

Di sebelah malam, kami dipersembahkan dengan tarian oleh anak-anak buah Tok Batin Pos Raya Simpang Pulai. Tarian yang di ilham sendiri oleh Tok Batin ini, diberikan lenggok yang masih mengekalkan ciri-ciri kebudayaan dan budaya suku kaum Temiar. Mungkin anda nak tahu nama tarian tersebut dan juga bagaimana tarian tersebut? Kena la tonton rancangan Travelogue MrJocko nanti, bermula Disember 2016.

 

Sesekali Layan Joget Dengan Orang Asli Pos Raya Perak Sesekali Layan Joget Dengan Orang Asli Pos Raya Perak Sesekali Layan Joget Dengan Orang Asli Pos Raya Perak orang-asli-simpang-pulai-08

 

Seharian bersama Orang Asli di Pos Raya Simpang Pulai, memberikan banyak pengalaman baru kepada MrJocko. Hidup mereka simple, mudah, bermasyarakat, tolong menolong, sederhana dan saling mengenali. Walau tidak kaya, kesenangan terpancar dalam hidup mereka.

Terima kasih kepada Tok Batin dan juga warga Kampung Pos Raya Simpang Pulai. Sambutan yang kecil tetapi meriah memang menjadi ingatan kami sampai bila-bila.

Untuk anda, saksikan mereka dalam salah satu episod Nota Kembara Bersama MrJocko nanti, hasil produksi Luncai Emas Sdn Bhd dan Gemersik Production. Program TV ini adalah terbitan RTM.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.