Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sesi Test Drive Hyundai Elantra Di SAZ Auto Prima Damansara

Hyundai sememangnya sudah menjadi jenama yang terkenal seluruh dunia, termasuk Malaysia. Ramai yang sudah mula meminati kereta keluaran negara Korea Selatan ini, selepas Hyundai memperkenalkan banyak model baru yang cantik seperti Hyundai Sonata YF, Hyundai i10, Hyundai i40, Hyundai Santa Fe 2013, Hyundai Tucson dan jugak Hyundai Veloster.

 

 
Test Drive Hyundai Elantra Di SAZ Auto Prima Damansara
Test Drive Hyundai Elantra
 
 
 

Semalam, MrJocko singgah di SAZ Auto Prima Damansara untuk memandu uji kereta Hyundai Elantra 1.6 model 2012 dan juga model Elantra 1.8 model 2013. Sesi pandu uji ini dilakukan bersama-sama blogger hebat Sohoque.com

 

Test Drive Hyundai Elantra Di SAZ Auto Prima Damansara

 

Test Drive Hyundai Elantra Di SAZ Auto Prima Damansara
 
 

Dalam perjalanan sejauh 5 kilometer, melalui kawasan perumahan Damansara Damai dan seterusnya melalui MRR2 sehingga Kepong, nampaknya pemanduan kami memang best. Sistem handling steering Elantra sememangnya lembut dan mudah untuk dikendalikan. Senang membuat U-Turn kerana punyai keupayaan pusingan steering yang panjang dan lembut. Pusingan penuh hampir boleh dikendalikan dengan hanya menggunakan satu jari sahaja.

 

Kawalan audio yang hanya berada dihujung jari memudahkan anda menukar saluran radio atau lagu-lagu anda. Panel kokpit dalaman pemandu juga memang menarik. Moden.

 

Selain itu, sistem suspensi, spring dan absorber memang selesa walaupun ada 4 penumpang di dalam kenderaan tersebut. Di tambah dengan adanya sistem shiftronik, pemanduan jauh dan juga peluang memotong kenderaan lain membuatkan MrJocko lebih yakin dan lebih selesa.

 

Dengan hanya harga dibawah RM95,000 anda boleh memiliki sebuah kereta Hyundai Elantra 1.6 ini dan untuk masa terhad, anda boleh mendapatkan khidmat servis percuma serta Diskaun Hebat di Hyundai SAZ Auto Prima Damansara.

 

Bagi yang berminat untuk memandu uji dan mendapatkan maklumat lanjut berkenaan kereta jenama Hyundai ini, boleh terus ke Hyundai SAZ Auto di Prima Damansara di alamat A-G-9A & A-G-9B Blok A, Prima Damansara, Jalan PJU 10/9A, 47830 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.

 

Bagi yang berminat, boleh call terus En Anas 013-3973474 dan En Akram 012-6267271 untuk sesi perundingan.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.