Kebanyakan orang mempunyai masalah untuk memilih sama ada mahu membeli atau menyewa rumah terutamanya jika kita lihat banyaknya pilihan houses for rent dan senarai houses for sale di laman hartanah seperti PropertyGuru. Patutkah Anda Sewa Atau Beli Rumah Di Malaysia
Anda patut teroka aspek beli dan sewa yang berlainan sebelum buat keputusan. Faktor yang perlu dipertimbangkan semasa memilih untuk sama ada sewa atau beli adalah belanjawan, harga, nilai bersih, bayaran pemilikan, penambahbaikan rumah, tempoh menginap, dan kejiranan. Berikut adalah enam tip untuk anda memilih dengan lebih baik.
Baca : Beli Rumah Di Kuala Lumpur
Tips Kewangan Sewa Atau Beli Rumah Di Malaysia

Kenal Pasti Portfolio Pelaburan Anda
Beli rumah memerlukan kekuatan kewangan yang kuat. Pertimbangkan portfolio anda sebelum memilih sama ada mahu beli atau sewa. Anda perlu tahu yang masa itu emas. Lebih cepat anda dapat membeli rumah adalah lebih baik. Adalah digalakkan untuk anda membeli hartanah yang tidak menelan lebih dari tiga kali ganda gaji anda dan sewa rumah jika pasaran tanah agak stabil. Selain itu, anda boleh beli rumah jika pendapatan anda boleh menampung 20 peratus bayaran pendahuluan untuk gadai janji anda, tetapi, jangan beli jika anda terpaksa menggunakan keseluruhan simpanan anda. Anda patut menyewa pangsapuri jika anda masih baru di kejiranan dan beli rumah jika anda sudah arif tentang keadaan setempat, seperti yang ditulis di laman Comparison Hero. Ada banyak sebab kenapa anda patut sewa atau beli pangsapuri di Malaysia. Mungkin anda merancang untuk tinggal di negara ini dalam jangka masa yang lama jika anda orang tempatan, atau anda mahu melabur di sini jika anda adalah warga asing. Tidak kira apa sebab anda, ia berikan anda peluang untuk melabur di dalam negara membangun paling pesat di Asia.
Tentukan Belanjawan Anda
Ini langkah pertama dan paling penting semasa anda mencari hartanah untuk disewa atau dibeli di Malaysia. Kebanyakan pangsapuri mengenakan sewa bulanan, dan penting untuk anda untuk teliti semua kos untuk mengetahui sama anda anda mampu atau tidak. Anda juga boleh menambahkan bil utiliti dan belanja lain sebelum memilih untuk sewa atau beli pangsapuri. Keadaan pangsapuri mungkin akan memaksa anda untuk ubahsuai atau menyelenggara dengan kos yang tingi, jadi anda perlu ada pelan sokongan yang akan membantu anda mendapatkan pangsapuri terbaik.
Pilih Lokasi Yang Tepat
Malaysia adalah negara yang kecil, tapi bandarnya mempunyai kepelbagaian bergantung kepada tempat yang anda mahu. Jika anda mahu gaya hidup seperti di bandar besar, maka carilah pangsapuri berdekatan ibu kota. Pilihan lain yang patut anda pertimbangkan adalah pangsapuri di kawasan pinggir bandar. Lokasi sangat penting kerana ia menentukan tahap keselesaan anda semasa tinggal di satu-satu kawasan. Anda patut pilih kawasan yang dilengkapi kemudahan seperti sekolah, pusat membeli belah, restoran, pusat hiburan, dan hospital. Semasa memilih kawasan, fikirkan sama ada anda mahu kawasan bandar atau agak pedalaman. Ini akan mengecilkan pilihan yang anda ada.
Upah Ejen Berpengalaman
Mengambil khidmat ejen untuk membantu anda mencari hartanah adalah satu proses yang patut anda pertimbangkan. Regroup Property Guide menegaskan kepentingan menggunakan ejen dalam mencari hartanah untuk disewa atau dibeli. Kebiasaannya, anda tidak mampu pergi melawat setiap rumah dalam bandar atau seluruh negara. Para ejen akan memberi keutamaan dengan melawat rumah-rumah tersebut sebelum memberi maklum balas kepada anda. Para ejen juga cakna dengan berita hartanah terkini, dan mereka boleh menunjukkan anda pelaburan hartanah terbaik di Malaysia. Anda juga boleh menerima makluman terkini mengenai pasaran hartanah.
Kepentingan Masa
Menyewa pangsapuri adalah pilihan terbaik jika anda mahukan tempat tinggal sementara. Proses menyewa biasanya lebih cepat daripada membeli. Urusan sewaan boleh diselesaikan dalam masa sehari, dan anda boleh terus pindah masuk. Anda juga ada pilihan untuk menetapkan jangka masa anda menetap di siti bergantung kepada keperluan anda. Yang menarik adalah kebanyakan pangsapuri sudah dilengkapi perabot, jadi anda tidak perlu risau tentang perabot.
Fleksibel Mendatangkan Bahagia
Rumah Sewa adalah pilihan carian yang tepat untuk laman seperti Property Guru jika anda mencari rumah untuk menetap dalam jangka masa yang tidak menentu. Jika anda graduan bujang yang berpindah ke bandar dan masih mencari kerja, anda bolehlah menyewa rumah berdekatan bandar untuk membiasakan diri anda dengan kawasan sekitar. Menyewa menawarkan anda ruang untuk lebih fleksibel dan melapangkan dada anda kerana anda boleh pergi bila-bila amsa.
Sewa Dengan Pilihan Untuk Membeli
Ini langkah popular jika anda inginkan fleksibiliti dan dalam masa yang sama merancang untuk melabur di masa hadapan. Ciri ini selalu diterapkan dalam perjanjian sewaan, dan anda boleh menyewa dengan pilihan untuk membeli unit itu jika kewangan anda mengizinkan.
Kesimpulannya, berkenaan isu Patutkah Anda Sewa Atau Beli Rumah Di Malaysia, keputusan untuk menyewa atau membeli adalah di tangan anda. Anda boleh mengikut panduan di atas dan buat pilihan untuk menyewa atau membeli pangsapuri setelah menilai semua baik dan buruk.