Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shangri La Park Yangshuo Guilin China Pengalaman Kampung Tradisional

Daerah Guilin ini terkenal dengan pemandangan yang cantik. Bentuk muka bumi di sini antara yang unik pernah MrJocko lihat. Nak lihat betapa cantik destinasi Guilin, kami teroka destinasi Shangri La Park Yangshuo Guilin China Pengalaman Kampung Tradisional di sini. Kawasan taman yang luas ini dibina dan dijaga sebaiknya untuk dijadikan salah satu destinasi pelancongan di Guilin China.

Terletak kira-kira 75 km dari bandar Guilin dan memakan masa sekitar 1 jam 15 minit perjalanan dengan menaiki kenderaan seperti kereta, van ataupun bas. Buat sementara ini, tiada kemudahan keretapi untuk ke sini.

Baca : Pengalaman Naik Bot Di Li River Guilin

Shangri La Park Yangshuo Guilin China

Shangri La Park Yangshuo Guilin China
Shangri La Park Yangshuo Guilin China Tawar Pengalaman Perkampungan Tradisional

 

Kalau tak silap, bayaran masuk ke sini cuma CNY60 (MYR38) untuk dewasa. Harga yang agak berbaloi dengan kemudahan yang disediakan di sini termasuk pengalaman menaiki bot PERCUMA di sekitar taman Shangri La Park Yangshuo Guilin ini.

Lokasi Shangri La Park Yangshuo Guilin ini hanya kira-kira sekiar 15 km dari pekan Yangshuo. Kawasan ini adalah lokasi yang ‘asli’ tetapi dibangunkan untuk mempromosikan produk pelancongan di sini. Antara yang menarik adalah dua binaan bangunan utama di sini yang dikenali sebagai Miao dan Dong.
 

Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China

 

Lokasi pelancongan di Shangri La Park Yangshuo ini diberi pengiktirafan AAAA oleh pihak National Tourism Administration of PR China. Maksudnya, ia antara destinasi pelancongan yang menawarkan perkhidmatan dan produk pelancongan antara yang terbaik di China.

 

Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China

 

Pelancong yang ke sini, mesti berpeluang untuk menaiki bot menyusuri sungai dan tasik di sini sambil menikmati pemandangan indah Shangri La Park Yangshuo. Ada banyak sudut yang menarik di sini, termasuk juga beberapa bangunan yang dibina sebagai landmark yang menjadi tarikan ramai.

Jika korang bernasib baik, ada beberapa persembahan tradisional dipersembahkan di beberapa lokasi dan juga pengalaman untuk melihat pokok peach yang berbuah disekitar sungai dan tasik di sini.

 

Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China

 

Di Shangri La Park Yangshuo Guilin ini ada beberapa bangunan yang boleh dijadikan lokasi untuk bergambar. Dengan landskap pemandangan gunung dan ganang yang unik di Guilin, ia pasti memberikan pengalaman dan kenangan yang indah bagi setiap pelancong ke sini.

Ada yang kata, di sini ada punyai sejarah tersendiri. Itu semua kena rujuk balik kepada cerita tentang tanah Guilin. 

Yang pasti, ramai yang kata masa yang menarik dan pemandangan yang cantik di Shangri La Park Yangshuo Guilin China ini ialah bila musim padi. Warna kekuningan dengan pemandangan bukit menjadikan ia satu destinasi pelancongan eco tourism yang terbaik di Guilin.

 

Shangri La Park Yangshuo Guilin China Shangri La Park Yangshuo Guilin China

 

Ada bas untuk pelancong dari Guilin ke Shangri La Park Yangshuo. Khabarnya tiket untuk ke sini berharga sekitar CNY7 (RM4) untuk seorang dan ia dibuka seawal jam 9.00 pagi hingga jam 5.30 petang.

Nak tahu apa lagi yang menarik di Shangri La Park Yangshuo Guilin boleh layari link ini untuk bacaan waktu santai korang http://www.tourschina.com/travel-guilin/shangri-la-village.htm

Cerita tentang pakej menarik ke Guilin dan cerita kembara MrJocko bersama KSB Travel & Tours Sdn Bhd boleh baca di entry ini MrJocko Travel ke Guilin

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.