Sheikh Muhammad Centre For Cultural Understanding Dubai
|Peminat sejarah, tradisi serta mereka yang nak tahu tentang cara hidup masyarakat Emirati khususnya di Dubai, ini adalah lokasi yang mesti anda singgah. Ia dikenali sebagai pusat penerangan kebudayaan dan kemasyarakatan United Arab Emirates. Rancang masa anda samada untuk sarapan pagi, makan tengahari atau makan malam di Sheikh Muhammad Centre for Cultural Understanding di Dubai.
Pusat Kebudayaan dan Kemasyarakatan Sheikh Muhammad (Sheikh Muhammad Centre Dubai) ini beroperasi sebagai satu tempat pelawat atau pelancong asing mendapatkan maklumat dengan jelas tentang sejarah UAE, cara hidup dan segalanya tentang budaya Emirati. Sudah tentu di sini banyak info yang jelas anda boleh faham jika anda berminat mengetahuinya dengan lebih lanjut.
Baca : Ada Masa Singgah di Dubai Creek dengan Abra
Sheikh Muhammad Centre Dubai

Semasa kami singgah di sini, sudah tiba waktu makan malam. Pakej kami ialah 100 Dirham untuk setiap seorang dan kami dihidangkan dengan menu masakan Tradisi masyarakat Emirati. Sayangnya, malam itu, persembahan Kebudayaan sudah tamat.
Menu masakan seperti Nasi Arab, Mandy Lamb, Ayam Kurma dan beberapa menu lain yang jarang MrJocko jumpa di Malaysia. Hanya di United Arab Emirates, menu tradisi asli yang sememangnya sedap dan unik.
Breakfast is hosted every Monday & Wednesday at 10:00am AED 80 per person.
Lunch is hosted every Sunday & Tuesday at 1:00pm AED 90 per person.
Cultural Dinner every Tuesday evening at 7:00pm AED 100 per person.
Cultural Brunch every Saturday at 10:30am AED 100 per person.
Advance booking is required. For more information, please Contact Us or Book Now.
Visit SMCC Calendar of Events for a full schedule of our activities