Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sheila Majid Live At Belum Rainforest Resort Di Pulau Banding

Ratu Jazz Malaysia kembali dengan lagu baru. Itulah antara pengisian sewaktu MrJocko singgah di majlis Press Conference sempena dengan ‘showcase’ khas Sheila Majid Live At Belum Rainforest Resort di Pulau Banding, Perak. Showcase terbaru Sheila Majid ini akan berlangsung pada 29 April 2017 nanti.

Pengumuman showcase dan inisiatif itu turut dihadiri oleh Tuan Haji Ahmad Khalif bin Tan Sri Mustapha Kamal, Pengarah Eksekutif Belum Conservation dan Dato’ Dr. Abdul Rashid Malik, Ketua Pegawai Eksekutif Pulau Banding Foundation.

Ini satu peluang untuk semua peminat Dato Sheila Maji bersempena dengan ‘An Exclusive Evening With Sheila Majid’ di Hutan Tertua di Dunia dengan harga pakej bermula dari RM3,100 sahaja (2 hari 1 malam).

Baca : Belum Rainforest Resort Hotel Review

 


Sheila Majid Live At Belum Rainforest Resort

Sheila Majid Live At Belum Rainforest Resort
 

Dato Sheila Majid nampak sangat bersemangat untuk menjayakan showcase ini. Beliau yang terpanggil untuk berkongsi dengan rakyat Malaysia betapa pentingnya menjaga khazanah hutan negara ini untuk generasi yang akan datang.

MrJocko secara peribadi turut teruja melihat Dato Sheila Majid yang sebenarnya mempunyai pengetahuan yang luas tentang hutan tropika negara kita. Nyata sekali, beliau seorang yang paling layak untuk showcase ini, disamping berhibur beliau membawakan mesej ‘alam sekitar’ dengan begitu baik. 

“Hasil dari jualan tiket showcase ini akan disalurkan ke tabung pemuliharaan hutan ini,” 

 

Sheila Majid Live At Belum Rainforest Resort

 

Buat permulaan, 100 tiket dibuka untuk jualan dan ia adalah harga bersama dengan pakej bermalam selama 3 hari 2 malam di Belum Rainforest Resort termasuk makan dan minum. Ada juga aktiviti yang boleh anda sertai bersama Dato Sheila Majid di Belum Rainforest Resort di Pulau Banding ini.

MrJocko dan keluarga pernah menginap di Belum Rainforest Resort selama 3 hari 2 malam dan ia memang satu pengalaman yang terbaik di hutan tropika negara kita. Kami ikut aktiviti night walk, cruise barbecue di Tasik Banding dan juga hiking activity di sekitar Tasik Banding.

Apa yang best tentang Royal Belum Rainforest? http://www.mrjocko.com/tag/belum-rainforest-resort
 

http://www.mrjocko.com/2016/09/hotel-review-belum-rainforest-resort-di-royal-belum.html

Jadi, jika anda ingin bersama dalam Sheila Majid Live At Belum Rainforest Resort Di Pulau Banding, ini peluang anda bercuti dan menikmati showcase Dato Sheila Majid di salah satu hutan tertua di dunia, Belum Rainforest Resort.

Harga pakej ‘An Exclusive Evening with Sheila Majid’ ialah :

Room – Azlanii RM3,100 (2 hari 1 malam) dan RM3,800 (3 hari 2 malam)  Tempat Duduk Bronze

Room – Balau RM3,400 (2 hari 1 malam) dan RM4,300 (3 hari 2 malam)  Tempat Duduk Silver

Room – Chengal Garden View RM4,300 (2 hari 1 malam) dan RM5,500 (3 hari 2 malam)  Tempat Duduk Gold

Room – Chengal Lake View RM4,800 (2 hari 1 malam) dan RM6,000 (3 hari 2 malam)  Tempat Duduk Platinum

Tempahan awal sebelum 31 Mac 2017 akan melayakkan anda mendapat diskaun 10% atas semua tawaran pakej ‘An Exclusive Evening with Sheila Majid’

Maklumat harga tiket showcase Dato Sheila Majid ini boleh anda dapat di laman web rasmi mereka www.belumrainforestresort.com.  

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.