Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shell Mother’s Day Jambangan Bunga Ros Cuma RM1

Shell Mother’s Day Jambangan Bunga Ros Cuma RM1. Sempena dengan sambutan Hari Ibu tahun 2015 yang jatuh pada 10 Mei 2015, Ahad, pihak Shell Malaysia menganjurkan satu jualan khas bunga mawar (bunga ros) untuk semua pelanggan Shell di dua lokasi utama sekitar Kuala Lumpur bermula pada jam 10.00 pagi.

Untuk sambutan Hari Ibu 2015 anjuran Shell Malaysia ini, mereka telah menyediakan ribuan ‘bunga ros’ yang dijual hanya dengan harga RM1 sahaja bagi setiap ‘jambangan’. Tawaran ini khas hanya kepada 100 pelanggan pertama Shell Malaysia sahaja dan terbuka kepada semua. Selepas 100 pelanggan pertama, Shell Malaysia akan menjual RM1 bagi setiap kuntum bunga ros selagi stok masih ada.

Baca : Shell Scuderia Ferrari

 


Shell Mother’s Day Jambangan Bunga Ros Cuma RM1

Tuan Haji Azman Ismail, Managing Director Shell Trading Sdn Bhd turut sama meraikan sambutan Hari Ibu bersama pelanggan-pelanggan Shell yang singgah untuk membeli jambangan bunga ros di Stesen Minyak Shell serta bergambar dengan selebriti terkenal Malaysia seperti Diana Danielle dan juga Nabil Ahmad Raja Lawak.

Bunga-bunga ros ini dijual di stesen minyak Shell ini bermula dari masa-masa tertentu. Untuk sesi pertama ia bermula jam :

10.00 – 12.00
Shell NKVE Damansara (Koperasi Pekerja-pekerja SH Msia Bhd)
Address: KM 15.8 Lebuhraya Utara Selatan
47301 Petaling Jaya, Selangor.

12.00pm-1.00pm
Shell Sg. Kayu Ara (SM Service Station Sdn Bhd)
Address: No.1, Jalan Kenanga PJU6A, Vista Damansara, Kg. Kayu Ara,
47400 Petaling Jaya, Selangor.
Shell Mother Day 2015

 

MrJocko dan keluarga sempat singgah untuk turut sama membeli jambangan bunga ros  di Shell Mother’s Day dan ambil peluang bergambar dengan selebriti Diana Danielle dan Nabil Ahmad Raja Lawak. Peluang nak bergambar bersama Diana dan Nabil Raja Lawak bukan senang nak dapat, lagipun ia satu peluang yang sudah ada depan mata dan ia percuma.

Satu jambangan bunga ros warna PINK akhirnya berjaya kami beli dengan RM1 dan kami hadiahkan untuk Wife MrJocko, hadiah untuk Ibu kepada anak-anak MrJocko yang selama ini berkhidmat, berkorban dan bertungkus lumus menjadi kami sekeluarga dirumah. Terima kasih MrJocko dan anak-anak kepada Mummy :).

 

Shell Mothers Day 01 Shell Mothers Day 02 Shell Mothers Day 03 Shell Mothers Day 04 Shell Mothers Day 05 Shell Mothers Day 06 Shell Mothers Day 09 Shell Mothers Day Diana Danielle 08 Shell Mothers Day Nabil Ahmad 07

 

Ramai yang singgah di sini untuk dapatkan jambangan bunga dari Shell Malaysia Mother’s Day serta peluang bergambar dengan Diana Danielle dan Nabil Ahmad Raja Lawak. Stesen Shell NKVE ini meriah dengan pelanggan-pelanggan Shell yang tidak putus sejak awal jam 10.00 pagi lagi sehingga ke Stesen Shell Kayu Ara membawa sehingga ke jam 2.00 petang.

Yang paling happy pada hari itu, kaum ibu dan juga wanita yang terasa mereka dihargai. Terima kasih juga untuk Mak MrJocko, Hajjah Basenah Awang Noh atas jasa membesahkan MrJocko, tidak terbalas walaupun dengan selautan Bunga Ros 🙂

Layari Shell Malaysia.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.