Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shell Win Free Fuel Campaign Menang Minyak Shell Setahun

 

Shell Malaysia dengan rasminya melancarkan kempen terbaru mereka bagi memberikan ganjaran balik kepada pelanggan setia Shell Malaysia dengan Shell Win Free Fuel Campaign bermula hari ini 23 Disember 2014 sehingga 15 Mac 2015.

 

Kempen Shell Win Free Fuel ini akan menawarkan hadiah utama ganjaran hadiah Minyak Shell selama setahun kepada pemenang bertuah. Di samping itu ada hadiah saguhati yang boleh anda menangi setiap minggu bila menggunakan produk Shell Malaysia.

Kempen Shell Win Free Fuel ini dirasmikan sendiri oleh Dato’ Sri Hasan Malek, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan bersama-sama Tuan Haji Azman Ismail, Pengarah Urusan Shell Malaysia Trading Sdn Bhd.

Kempen Shell Win Free Fuel Malaysia

 

Shell Win Free Fuel Campaign
Shell Win Free Fuel Campaign : Peluang Menang Minyak Shell Selama Setahun

 

 

Bagaimana Cara Untuk Sertai Shell Win Free Fuel Campaign?

 

Ada beberapa langkah mudah untuk anda berpeluang untuk menang hadiah Minyak Shell PERCUMA selamat setahun dalam kempen Shell Win Free Fuel ini :

 

 

1. Beli produk Shell Malaysia (Ron95, Ron97, Diesel, Shell FuelSave atau Shell V-Power) dengan pembelian minima RM30 di Shell Malaysia.

2. Isu Borang Shell Win Free Fuel Campaign, sertakan RESIT BELIAN dan jawab soalan mudah.

3. Hantar Borang di Kotak yang telah disediakan

 

Jika anda bertuah, anda akan terpilih diantara 10,000 pemenang yang akan menerima ganjaran hadiah-hadiah oleh pihak Shell Malaysia, termasuk bekalan minyak Shell Malaysia selama setahun.

 

 

Shell Win Free Fuel Campaign

 

 

Shell Win Free Fuel Campaign 

 

Mudah bukan, cuma guna minyak Shell Malaysia (Ron95, Ron97, Diesel, Shell FuelSave atau Shell V-Power) dan InsyaAllah ada peluang untuk anda menang Shell Win Free Fuel Campaign. 10,000 pelanggan terpilih akan memenangi hadiah ganjaran isian minyak Shell Malaysia yang keseluruhannya bernilai RM2,000,000.

 

Seramai 3 Pemenang UTAMA akan dipilih setiap minggu menerima bekalan minyak setahun dan selebihnya akan menerima Voucher RM200 minyak Shell Malaysia. Best kan hadiah peraduan di Shell Malaysia ni? Siapa tak nak menang minyak Shell PERCUMA selama setahun.

 

Kempen Shell Win Free Fuel ini adalah satu inisiatif Shell Malaysia dalam mendekatkan diri mereka dengan pengguna yang setia di samping memberikan ganjaran kembali kepada pengguna kerana Shell sebenarnya komited dalam membantu rakyat Malaysia dalam membuat pembelian bijak.

 

Samada mereka menggunakan Shell FuelSave yang dicipta untuk lebih jauh dan jimat atau menggunakan Shell V-Power yang memberikan performance terbaik untuk kereta anda, kedua-duanya mempunyai peluang untuk berjimat dalam kempen Menang Isian Shell Percuma ini (Shell Win Free Fuel)





Tuan_Haji_Azman_Ismail_Shell

 

Shell_Win_Free_Fuel_Campaign

 

Shell_Win_Free_Fuel_Campaign

 

Shell_Win_Free_Fuel_Campaign




 

Di pelancaran kempen Shell Win Free Fuel ini, Shell Malaysia juga memperkenalkan kiosk baru mereka yang dikenali sebagai Shell Select deli2go untuk pilihan menu makanan dan minuman baharu kepada pelanggan yang mengunjungi stesen minyak Shell.

 

Kiosk gerai mudah alih deli2go Shell Select ini menyediakan menu makanan seperti kopi, air minuman, roti, snacks, hotdog dan beberapa menu makanan ringan lain yang fresh dan sedap, sebagai pilihan sampingan yang ringan. deli2go Shell ini adalah salah satu inisitif Shell menyediakan khidmat penjualan makanan dan minuman ringan kepada pelanggan mereka yang sentiasa mahu cepat dan mudah.

Peraduan Shell Win Free Fuel Campaign

Shell Win Free Fuel Campaign

 

Shell_Win_Free_Fuel_Campaign

 

 

Shell Select deli2go ini akan mempunyai 16 gerai di seluruh negara dan akan menyediakan menu makanan terbaik untuk pelanggan di stesen minyak Shell Malaysia. Pilihan makanan di deli2go yang segar dan dibungkus baru untuk menjamin kualiti dan tahap keenakkan untuk semua pelanggan mereka.

 

Kempen Shell Win Free Fuel ni memang menarik kerana tawaran untuk memenangi minyak Shell berjumlah keseluruhan RM2,000,000 adalah peluang yang terbaik untuk pengguna dan pelanggan Shell. MrJocko akan terus gunakan produk Shell Malaysia dan mana tahu lepas ini mungkin boleh menang bekalan minyak Shell Malaysia selamat setahun 🙂

 

 

 

 

 

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.