Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shennong Street Terkenal Di Zaman Dinasti Qing

Setahun yang lepas, ketika melancong ke sekitar Tainan, MrJocko tidak berkesempatan untuk singgah di Shennong Street Terkenal di Zaman Dinasti Qing. Lokasi tumpuan pelancong yang semakin popular ini menjadi pilihan utama untuk mereka yang berminat dengan sejarah Taiwan. 

Shennong Street (Shennong Jie 神農 街) sering dianggap lorong atau jalan yang terbaik terpelihara oleh pihak berwajib di Tainan, Taiwan. Lorong yang dikenali sebagai Shennong Street ini sejauh 200 meter, dulu ia adalah kunci daripada 5 Saluran Zon Kebudayaan dan tempat wajib anda singgah jika melancong ke Tainan. Jalan ini dinamakan sempena ‘Shennong’, seorang raja purba Cina yang dianggap sebagai bapa bangsa dan ‘dewa pertanian Cina’.

Shennong Street Terkenal di Zaman Dinasti Qing

Sejarah Dinasti Qing

shennong street tainan taiwan

 

Pada zaman dahulu, jalan ini Shennong Street adalah sebahagian daripada tempat paling sibuk untuk pekerja di zaman Dinasti Qing. Lorong ini bersebelahan dengan terusan yang menghubungkan sampan dan kapal laut yang membawa masuk barang-barang perdagangan dan perniagaan. Jalan ini antara nadi yang menggerakkan dan pertumbuhan bandar Tainan dan aktiviti perniagaan sekitarnya. Lokasi Shennong Street juga berada berdekatan dengan Beishi Street.

Kini sekitar kawasan Shennong Street dan Beishi Street berkemban gsebagai lokasi yang dipelihara untuk tatapan sejarah pelancong dan mempunyai pelbagai koleksi bangunan lama yang terpelihara sebagai harta sejarah yang mempunyai nilai dari sudut pelancongan.

Shennong Street Terkenal Di Zaman Dinasti Qing Shennong Street Terkenal Di Zaman Dinasti Qing Shennong Street Terkenal Di Zaman Dinasti Qing

Shennong Street Terkenal Di Zaman Dinasti Qing
Taikoo Tea House yang terkenal di Shennong Street

shennong_street_tainan_06 Shennong Street Terkenal Di Zaman Dinasti Qing Shennong Street Terkenal Di Zaman Dinasti Qing

Setelah berpuluh tahun kawasan pelabuhan ini tidak digunakan, akhirnya pada pertengahan tahun 1990-an, warga Tainan mula menyedari tentang kepentingan bekas kawasan pelabuhan di Shennong Street ini untuk diubah menjadikannya kepada zon budaya. 

Kawasan Shennong Street mula menjadi tumpuan utama untuk projek pemuliharaan. Antara tahun 1999 sehingga 2002, 12 buah rumah di Shennong Street dipulihkan struktur dan juga bumbung bangunan. Bangunan yang dibaik pulih ini diletakkan di sepanjang jalan yang asal dan dihiasi dengan kotak cahaya untuk aluminat pada waktu malam.

Sejak dari itu, Shennong Street telah mula berubah sedikit menjadi tumpuan dan pusat ‘jalan seni.’ Terdapat beberapa galeri baru, kedai kraf, kedai kopi, kedai pakaian dan pelbagai kedai jualan dibuka untuk umum. Antara yang menarik ialah Kedai Teh terkenal diberi nama Taikoo.

Lorong Shennong di Tainan

Shennong Street Terkenal Di Zaman Dinasti Qing

shennong_street_at_night
Pemandangan Shennong Street waktu malam

 

Semestinya lokasi tumpuan pelancong yang kini semakin mendapat tempat di kalangan pelancong di Tainan ini mesti anda singgah. Shennong Street bukanlah lokasi yang besar, tetapi di sini ada pelbagai cerita yang boleh anda dengar di sambil meneroka susur lorong di tapak bekas pelabuhan terkenal di zaman dulu di Tainan.

Terbang ke Tainan melalui penerbangan dari KLIA2 ke Kaohsiung bersama AirAsia atau KLIA2 ke Taipei menggunakan AirAsiaX.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.