Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shila Amzah Juara Asian Wave Di China

Hebat sungguh penyanyi Malaysia ini, Shila Amzah kerana baru sahaja memenangi title Juara Asian Wave yang diadakan di China. Kekuatan vokal dan persembahan Shila Amzah memukau Juri seterusnya menobatkan Shila Amzah sebagai Juara Asian Wave 2012.

Anak penyanyi veteran ND Lala ini memang sebelum ni pun bagus. Banyak pertandingan yang dia sertai dalam Malaysia, tetapi nasib tak menyebelahi. Tapi kali ni, Shila pukul habis. Katanya markah yang dia dapat 5 – 0, betul betul mendahului penyanyi lain dengan kehebatan suara dia dan lagu Gemilang (Jac), Grenade (Bruno Mars) dan sebuah lagu Mandarin.

Shila menjadi juara selepas menewaskan finalis dari 5 buah negara lain seperti China, Korea Selatan, India, Thailand dan Singapura.

Syabas Shila Amzah.
3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.