Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destination, Best Packages

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Tips Untuk Membeli Belah Di Shilin Market Taipei Taiwan

Shilin Night Market sudah lama menjadi ikon sinonim dengan percutian di Taipei, Taiwan. Bukan sahaja kepada pelancong tempatan, Shilin Market (Shilin Night Market) menjadi salah satu destinasi utama, tempat wajib lawat kalau melancong ke Taipei. Ini adalah entry Tips Untuk Membeli Belah Di Shilin Market Taipei Taiwan.

Populariti destinasi membeli belah ini semakin popular di kalangan rakyat Malaysia khususnya sebagai tempat shopping yang paling best di Taiwan. Ada macam-macam benda boleh dibeli di sini dan ia dijual dengan harga yang murah berbanding lokasi lain di Taiwan. Kalau di Malaysia, destinasi ini umpama Jalan Tuanku Abdul Rahman di Kuala Lumpur.  

Baca : Menara Taipei 101 Di Taiwan

 


Tips Untuk Membeli Belah Di Shilin Market Taipei Taiwan

Shilin Market Taipei Taiwan
 

Menarik di Shilin Market Taipei, ia terletak tidak jauh dari pusat bandar Taipei dan lokasi mudah akses dengan pengangkutan awam samada menggunakan bas, teksi ataupun keretapi LRT.

Antara benda yang boleh korang beli di Shilin Night Market ialah kasut kulit bagi lelaki dan wanita, beg tangan wanita, pakaian wanita, t-shirt buatan Taiwan, aksesori telefon pelbagai jenama dan juga makanan ‘street food’. Namun harus di ingat di sekitar Shilin Night Market agak susah untuk mencari menu makanan halal. Tetapi, ada yang mengatakan menu Tauhu Busuk Bakar di sini boleh di makan.

 

Shilin Market Taipei Taiwan Shilin Market Taipei Taiwan Shilin Market Taipei Taiwan Shilin Market Taipei Taiwan

 

Baca Trip MrJocko ke Taipei http://www.mrjocko.com/tag/taipei

Untuk info, Tauhu Busuk Bakar di sini antara street food yang menjadi tarikan popular di Shilin Night Market.

shilin night market shilin night market Shilin Market Taipei Shilin Market Taipei Shilin Market Taipei

 

Antara tips untuk membeli belah di Shilin Market Taipei ialah :

  1. Datang shopping waktu petang, selepas jam 5.00 petang hingga ke malam kerana lebih ramai peniaga
  2. Amalkan membuat tawaran harga sekitar 30% hingga 50% dari harga yang dijual. Kebanyakkan trick macam ni menjadi. Cuma pastikan korang nak beli dan bukan setakat nak survey.
  3. Beli kasut kulit lelaki atau perempuan. Banyak kasut kulit di sini adalah diperbuat daripada Kulit Lembu dengan kualiti yang tahan lasak dan lama, dengan harga yang berpatutan
  4. Beg tangan wanita yang diperbuat dari kulit juga murah dan berbaloi untuk di beli.
  5. Kalau nak beli alatan elektronik, pastikan pilih dan test dulu. Banyak produk di sini di ambil dari negara China. Murah, tetapi banyak juga yang tidak berkualiti.
  6. Kalau nak beli buah potong, berhati-hati. Kadang-kadang harga terlalu mahal. 
  7. Sehelai T-Shirt buatan Taiwan yang biasa boleh dibeli dengan harga sekitar MYR20. Kalau lebih dari harga itu, tak payah beli la. Baik beli di Malaysia.
  8. Kalau ada peluang, boleh cuba Bubble Tea di Shilin Night Market. Produk macam Chatime dan Bubble Tea yang lain berasal dari sini, Taiwan.
  9. Produk kecantikkan seperti Face Mask dan beberapa lagi agak popular di Taiwan. Ada yang kata ia murah dan berbaloi beli. Nak cuba beli boleh dapatkan di kedai-kedai sekitar Shilin Night Market.
  10. Kiri kanan ada banyak Kiosk yang offer Mainan FunFair. Kalau banyak duit, main la. Tapi selalunya memang susah nak menang. Baik tak payah main la senang cerita. 

Untuk info yang lebih dekat, bileh layari laman web ini https://guidetotaipei.com/visit/shilin-night-market

Kesimpulannya, Shilin Market Taipei ni umpama syurga membeli belah bagi semua peringkat usia, pelancong tempatan dan juga pelancong luar. Macam-macam ada di sini, boleh dibeli dengan harga yang cukup berbaloi.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.