Shinkansen Shin Osaka Ke Hakata Stesen Yang Akan Di Lalui
|Ini adalah LIVE Update dari Shin Osaka, Jepun. MrJocko ketika ini dalam perjalanan dari Shin Osaka Station menuju ke Hakata Station, Fukuoka. Kali ni MrJocko nak kongsi info tentang stesen yang akan di lalui oleh Shinkansen ini.
Perjalanan menaiki Shinkansen Shin Osaka ke Hakata Station, Fukuoka sebenarnya mempunyai jarak sehingga 610 km. Ia hampir sama jauhnya trip dari Johor Bahru, Johor menuju ke Taiping, Perak. Kalau perjalanan biasa memakan masa selama 7 jam 30 minit pemanduan biasa, tetapi dengan Shinkansen, hanya memakan masa selama 2 jam 30 minit.
Kenapa hanya 2 jam 30 minit perjalanan menggunakan Shinkansen dari Shin Osaka ke Hakata, Fukuoka? Fuh! Cepatkan? kalau perjalanan biasa, laluan dari Osaka ke Hakata ini memakan masa selama lebih kurang 6 hingga 7 jam kalau memandu di lebuhraya dengan kelajuan biasa 110kmj. Itupun kalau tiada kesesakan lalu lintas.
Hanya 2 jam 30 minit sahaja diperlukan dengan menaiki Shinkansen ini. Ini kerana Shinkansen di Jepun ini boleh mencecah kelajuan sehingga 300 km/j dan ia adalah antara tren keretapi terlaju di dunia. Alhamdulillah, rezeki dapat mencuba pengalaman menaiki keretapi laju di Jepun ini.
Survey Tren Shinkansen Di Osaka, Jepun
Trip Bajet Ke Jepun, Berapa Kos Trip Bajet
Antara Stesen Shinkansen yang akan MrJocko lawati menggunakan Shinkansen Shin Osaka ke Hakata Station di Fukuoka ialah 19 buah stesen keretapi :
Shin Osaka
Shin Kobe
Nishi Akashi
Himaji
Aioi
Okayam
Shin Kurashiki
Fukuyama
Shin Onomichi
Mihara
Higashi Hiroshima
Hiroshima
Shin Iwakuni
Tokuyama
Shin Yamaguchi
Asa
Shin
Kokura
Hakata
Untuk maklumat lanjut tentang route perjalanan Shinkansen di Jepun dan harga tiket Shinkansen, bullet train di Jepun boleh layari East Japan Railway Company.
![]() |
Shinkansen Shin Osaka Ke Hakata |