Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shisui Premium Outlets Di Chiba Tempat Shopping Best

Kalau orang Malaysia pergi melancong, antara yang di cari ialah tempat shopping best. Jadi, untuk info kepada semua pelancong yang ingin ke Jepun, khususnya di Tokyo dan Chiba Prefecture, destinasi pusat beli belah Shisui Premium Outlets Di Chiba ialah Tempat Shopping Best di sana.

Anda suka Shopping di Jepun?

Shisui_Premium_Outlets

Shisui Premium Outlets

Tempat shopping ini paling mudah untuk anda tujui jika anda mempunyai masa beberapa jam lagi di Tokyo. Mudah untuk menaiki keretapi atau bas kerana Shisui Premium Outlet hanya terletak kira-kira 15 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita. Sebanyak belih dari 120 kedai-kedai pelbagai jenama antarabangsa terletak di dalam kedai kilang ini seperti Samsonite, Michael Kors, Coach, Agnes, Banana Republic, Geox, Lego, Tempur, UGG, Rebecca Minkoff dan lain-lain lagi. 

Cara untuk ke sana?

Dari Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, anda perlu mengambil bas No. 30 di Terminal 1 dan No. 13 di Terminal 2. Jika anda ingin menaiki Keretapi, boleh naik dari Stesen JR Tokyo dan kemudian ambil bas ke Shisui dari Yaesu Keluar atau JR Sobu line / Narita Express, turun di Stesen JR Shisui kemudian mengambil bas ke Shisui.

Shisui_Premium_Outlets Shisui_Premium_Outlets Shisui_Premium_Outlets Shisui_Premium_Outlets Shisui_Premium_Outlets

Untuk anda yang menaiki penerbangan dan mendarat di Narita International Airport atau berlepas dari sini, ini peluang anda untuk singgah di Shisui Premium Outlets Chiba. Ia antara lokasi tempat shopping best di Jepun di mana menyediakan outlet dan butik jenama antarabangsa dengan harga yang berpatutan. Jangan terkejut kalau sesekali anda terlihat harga promosi atau tawaran diskaun yang begitu murah di Shisui Premium Outlets.

MrJocko sendiri tidak pernah sampai di Shisui Premium Outlets, tetapi jika teringatkan pengalaman di Gotemba Premium Outlets di Tokyo, memang di lokasi shopping seperti ini banyak menawarkan promosi dan diskaun yang murah untuk pengunjung. Kalau kena masa, penghujung season, di Jepun akan ada lebih banyak tawaran SALE dan juga Diskaun menarik.

Jadi kalau ke Tokyo dan sekitarnya, jangan lupa singgah untuk shooping di Shisui Premium Outlet.

4 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.