Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shopping Di Asakusa Nakamise Street dan Kannon Temple

Ini tempat shopping pertama yang kami singgah. Kawasan ni di panggil Asakusa dan bukannya AKUSUKA, sila betulkan bacaan anda. Dia terbahagi kepada dua iaitu Asakusa Kannon Temple dan Asakusa Shopping Street.
Kawasan ni sebenarnya terkenal dengan Kannon Temple, salah satu bangunan Temple asal di kawasan Asakusa ini. Bila dah lama, ia di jadikan pusat komersil dan di letakkan bangunan gerai-gerai sepanjang kawasan tersebut untuk memenuhi pemintaan pelancong yang melawat Temple. Sambil datang ke temple, sambil boleh shopping.
Ada banyak benda boleh shopping di sini seperti gifts, keychain, makanan, baju kimono, toys, pedang samurai, t-shirts dan banyak lagi.

agoda_ad_client = “1718703_11335”;
agoda_ad_width = 468;
agoda_ad_height = 90;
agoda_ad_language = 1;
agoda_ad_country = 3;
agoda_ad_city = 5085;

Aku sampai jer sana, aku terus kena racun beli Set Suit Jacket dan Seluar. Design cantik dan material memang superb. Harga cuma RM300 sahaja, apa lagi, beli jer la. Kalau kat KL satu set sudah RM500 -RM1,000. Banyak design yang cantik, tapi duit lak tak banyak,,, hahaha,,, beli sepasang sudah la.

Kawasan Asakusa ni luas jugak, penuh dengan gerai dan kedai-kedai makan. Bermacam jenis yang kita boleh jumpa di sini. Aku boleh samakan area sini dengan kawasan Masjid India di KL. Kerana kat Masjid India pun ada kawasan sembahyang dan kawasan beli belah murah, sama macam Asakusa ini. Bezanya gerai mereka tetap, lebih teratur dan tersusun.

Paling best, pemandangan di Asakusa ini boleh nampak view Sky Tree Tokyo yang baru sahaja di lancarkan pada 21 Mei 2012. 

Sebelum pulang, apalagi, kami bergambar ramai-ramai sebagai tanda kenangan yang best di Asakusa, Tokyo. Ni semua satu group aku masa trip ke Tokyo. 

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.