• Mon. Sep 25th, 2023

Shopping di Factory Outlet The Secret Bandung

Bandung sememangnya banyak lokasi membeli belah yang menarik dan kebanyakkannya menggunakan konsep Factory Outlet. Antara tempat yang kami singgah ialah di The Secret Bandung. Seingat MrJocko, ia terletak di sepanjang Jalan Riau Bandung, lokasi yang peling banyak kedai Factory Outlet di Bandung.

 

 

 

 

 

 

 

 

The Secret Shopping Outlet

 

The Secret Shopping Outlet

 

The Secret Shopping Outlet

 

 

 

 

Di The Secret Factory Outlet ini memang punya deko bangunan yang agak unik. Dari luar nampak factory outlet ini agak mewah, tetapi barang yang dijual di dalam agak murah berbanding shopping mall biasa. Kat sini memang ada banyak jualan baju, seluar, pakaian wanita, pakaian kanak-kanak dan juga toys. Ia mempunyai satu tingkat dibahagian depan dan di belakangnya mempunyai taman kecil yang memang cantik.

 

Pusat membeli belah The Secret Bandung ini tidak la besar tetapi ia memang di atur dengan cantik dengan kawasan membeli belah, taman dan juga tempat santai di dalamnya.

 

Jangan lupa kalau ke Jalan Riau, boleh singgah di Factory Outlet The Secret Bandung, sebagai pilihan tempat shopping yang boleh anda cuba.

 

 

 

The Secret Shopping Outlet

 

The Secret Shopping Outlet

 

The Secret Shopping Outlet

 

Kalau factory outlet lain di Bandung, ada banyak pilihan yang lebih murah kalau nak banding dengan The Secret Bandung ini. Secara peribadi, koleksi pilihan di sini sederhana sahaja dan ia lebih kepada jenama yang agak terkenal dijual dengan harga yang biasa. Tak banyak pun yang special dan murah seperti lokasi Factory Outlet Heritage di Bandung.

Nak singgah untuk tengok-tengok barang boleh. Tetapi kalau nak shopping, ada banyak lagi lokasi lain yang MrJocko rasa lebih murah dan menarik.

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.