Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Outlet ini sebenarnya tidak ada dalam list itinerary kami. Tapi, sebab aku nak bagi Group kami puas hati, kami bawa mereka rasai pengalamana Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi. Untuk sesetengah pelancong dari Malaysia, Hard Rock semestinya lokasi wajib lawat kalau ke mana-mana negara. Paling tidak, mereka akan beli satu dua keychain sebagai tanda kenangan melancong untuk diri sendiri.

Tapi kali ini, memang tak sangka mereka akan betul-betul Gila-Gila-Gila Shopping di Hard Rock Delhi. Bayangkan store Hard Rock di Delhi ni tak besar mana. TShirt, Hoodie, Keychain, Fridge Magnet dan produk lain di dalam kedai ni tak la banyak pilihan, tetapi, separuh dari kedai hampir kosong disebabkan group kami.

Baca : Makan Menu Resipi Lebih 100 Tahun Istana Shah Jahan

Hard Rock Cafe Delhi

 


Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi
 

Disebabkan lokasi Hard Rock Cafe Delhi terletak di jalan yang sibuk, driver kami terpaksa berhenti dilaluan belakang blok. Untuk memudahkan kami dan bas, kami terpaksa berjalan selama 5 minit untuk ke sana.

Sampai saja, tak tunggu dah. Masing-masing gapai tshirt, hoodie dan barangan yang nak dibeli. Kalau sebelum ini, hanya sorang dua saja yang berminat nak beli buat kenangan, nampaknya, hampir semua buka wallet untuk buat pembayaran di kaunter. 🙂
 

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi
 

Paling ramai beli TShirt City Hard Rock Cafe Delhi. Ada beberapa design lagi jenis Limited Edition berwarna Hitam dan Putih. Biasa jenis ini akan dibuat terhad sahaja dan tak akan dibuat lagi dimasa hadapan. Sebab itu, ramai yang suka beli design limited edition.

Untuk korang yang nak cari lokasi Hard Rock Cafe Delhi, boleh terus ke alamat ini :

Janpath Rd, Atma Ram Mansion, Showroom No 1 GF FF SF with Respective Mezzanines, Connaught Place, New Delhi, Delhi 110001, India.

Gila-Gila Shopping Di Hard Rock Cafe Delhi

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.