Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shopping Di Jalan TAR

Isnin lepas, Mem besar ajak shopping di Jalan Tunku Abdul Rahman ( Jalan TAR). Oleh kerana malam kami tak boleh pergi, pasal tak da saper nak jaga anak, kena la ambil cuti. Mem aku la cuti, MrJocko memang kerja sendiri, boleh cuti anytime 🙂
Seawal jam 10.00 pagi kami dah gerak ke Jalan TAR, ingatkan dah awal, sekali nak masuk, jalan kat area situ dah Jam. Kami pergi ke port rahsia untuk park kereta, pun sama, sudah penuh. Nampaknya port tersebut bukan lagi rahsia, ramai yang dah tahu. Adoi…
Nak tak nak terpaksa la pusing balik park kat dalam Maju Junction. Walaupun jauh sedikit, tapi ok la pasal sini selalu ada space kosong dan rate parking yang murah. Jalan sikit la nak ke Jalan TAR.
Tahun ni, MrJocko tak beli baju raya kerana dah ada baju. Tak payah nak membazir, pakai jer mana yang ada. Cuma kali ni shopping untuk Mem dan My Kids. Diorang perempuan, memang selalu pakai banyak baju. Biar la mereka beraya sakan, janji happy.

Nampaknya walaupun seawal jam 11.00 pagi MrJocko sampai di Jalan TAR, orang dah ramai. Masing-masing cari baju raya, masing-masing nak cari macam-macam keperluan untuk beraya. Maklum la kat Jalan TAR memang terkenal kalau musim perayaan ni. Macam-macam ada.

Setelah habis pusing dua tiga kali, kami dah penah. Cukup la beli untuk kali ini. On da way nak balik ke tempat parking, singgah di Sogo kejap. Duduk hilangkan penat. Mem pulak masih tak habis shopping. Destinasi dia kedai kasut kat tingkat 1. Ermmm…
Kami selesai sekitar jam 3.30 petang. Ok la tu, nak keluar dari KL awal-awal takut karang Jam teruk,,,

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.