Shopping Di Johor Premium Outlet JPO
|Last week, aku balik kampung Wife kat Johor Bahru. Lama jugak tak balik sana. Skang kebetulan ada masa free, dan ada kerja nak jumpa klien dan grup kat JB, maka kami sekeluarga balik JB hari Sabtu tengahari. Tengah-tengah kecoh 250,000 pergi buat himpunan Duduk Bantah Bersih 3.0 di Dataran Merdeka, aku lari balik JB. Hehehe
Hari Ahad, tak da benda nak buat, kami ke Johor Premium Outlet yang terletak kira-kira 10 km jer dengan umah. Dekat jer pun. Tapi kami pergi ke sana lewat sikit selepas melawat abang ipar aku di Kulai. Kami sampai sana sekitar jam 4.30 petang. Sampai kira ngam-ngam time Asar. So, apa lagi, cari la Surau dulu.
Masa kami sampai orang tak la ramai sangat. Parking banyak, ruang surau pun luas, kawasan pun kira tak padat dengan orang. Yang aku ingat, menara ni seakan menyambut kami singgah di JPO :).
Memang benar orang cakap, kalau dah kiri kanan ada offer diskaun harga sampai 70%, siapa yang tak rambang mata oiii,,, Banyak butik yang offer harga sehingga 70% termasuk butik Coach, Armani, Bonia dan macam-macam lagi.
Kami alang alang dah sampai JPO, kena la beli sikit. Beli mana yang mampu jer. Beli yang diskaun 70% sahaja, yang mahal-mahal harga, kami tak beli. Hihihi,,, Walaupun kami singgah tak lama, 2 jam jer, sempat la singgah beli barang di Padini, Vincci, Universal Traveller dan juga kedai Coklat untuk anak-anak aku. Cukup la kot. Sib baik aku tak der kad kredit…
Jadi, next time kalau korang ke Johor Bahru, pastikan korang singgah ke JPO ni. Mesti korang tak akan menyesal shopping kat sini. Aku rasa korang lagi menyesal kalau tak shopping di sini. Eh! Betul ker???
Memang benar pasal, aku dah semak harga baju dan sweater yang aku beli sememangnya murah 30% dari harga yang di jual di butik-butik di Kuala Lumpur. Next time, kalau aku ke JB lagi, aku pasti singgah JPO.
Nak ke sana senang sajer, cari GPS,,, hahaha,,, bye, selamat Shopping,,,
MrJocko.com