Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah

Pasar malam di Taiwan juga banyak yang terkenal dan sudah jadi destinasi pelancongan popular dikalangan penduduk tempatan dan pelancong luar negara. Kali kedua singgah di Ximending, ia memang lokasi yang best. Pengalaman Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah Murah.

Night life seperti pasar malam sudah lama terkenal di Taiwan. Sebab itu, bukan hanya di Taipei, populariti pasar malam di Taiwan agak berkembang dengan pesat dengan sokongan pelancongan tempatan dan luar negara. Lagipun pasar malam seperti ini boleh menjana ekonomi rakyat Taiwan.

Baca : Fisherman Village Tempat Cantik di Taipei

Baca : Shinkuchan Tempat Shopping Best Di Kaohsiung Taiwan

 


Shopping Di Ximending Night Market Taipei

Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah Murah

 

Selepas Shilin Night Market, Ximending ni antara destinasi pasar malam yang wajib korang lawat kalau di Taiwan. Ia punyai tarikan yang tersendiri termasuk susunan kedai dan barang jualan yang lebih banyak dari Shilin Night Market.

Kalau nak dikirakan, lokasi Ximending Night Market ini punyai barang jualan yang lebih up-to-date, lebih moden, lebih pilihan dengan ramai anak-anak muda bersantai sehingga larut malam. 

Baca MrJocko Sarapan Pagi Di Amba Hotel Ximending

Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah Murah Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah Murah Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah Murah

 

Bagi pendapat MrJocko, lokasi Ximending ni lebih meriah dari kebanyakkan pasar malam di Taiwan. Ia antara tempat yang lebih besar, tersusun, lebih bersih dan lebih barangan untuk di niagakan. Sebagai pembeli, kat Ximending Night Market memang destinasi membeli belah yang wajib korang lawat.

Bukan sahaja ada banyak barang yang boleh korang pilih, dari pilihan aksesori telefon, pakaian, kasut, beg, produk kecantikkan, barangan bayi, permainan, makanan ‘street foods’ dan banyak lagi. Boleh dikatakan hampir semua benda yang biasa kita jumpa di pasar malam di Malaysia, ada di sini.

Review tentang Ximending Night Market boleh korang baca sini https://www.travelking.com.tw/eng/tourguide/nightmarket/ximending.html

 

Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah Murah Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah Murah

 

Kalau di Malaysia, lokasi Ximending ini menyerupai kawasan seperti Bukit Bintang tetapi dengan 3 kali lebih besar. Malam minggu sudah pasti lebih popular di Ximending Night Market kerana ia ditutup lebih lewat berbanding biasa. 

Nak ke sini mudah sahaja sebab ada banyak perkhidmatan Bas dan juga laluan subway MRT untuk korang guna. Akses jalan juga lebih mudah dan jalan tidak sesak sangat untuk memandu sekitar bandar.

Sekali lagi, kalau ke Taipei, singgah la shopping di Ximending Night Market. Korang mesti berpuas hati.

 

Shopping Di Ximending Night Market Taipei Banyak Yang Murah Murah

ximending_night_market ximending_night_market ximending_night_market

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.