Site icon Travel Blogger Malaysia

Murah Shopping Online Dengan Laman Web Ezbuy Malaysia

Kat Malaysia sekarang ada banyak laman web online shopping yang mudah akses untuk semua. Kali ni, MrJocko nak kongsi kisah betapa Murah Shopping Online Dengan Laman Web Ezbuy Malaysia. Ini pengalaman sendiri MrJocko beli satu luggage untuk travel saiz 20 inci dari China.

Ini bermaksud, nak beli barang murah dari China kini lebih mudah dan murah bila guna platform laman Online Shopping seperti Ezbuy Malaysia.

Shopping Online Dengan Laman Web Ezbuy Malaysia

 

Shopping Online Dengan Laman Web Ezbuy Malaysia
Shopping Online Dengan Laman Web Ezbuy Malaysia

 

MrJocko buat pembayaran untuk parcel ini pada 27 Mac 2017. Harga sebenar luggage ini cuma RM79.00++ sahaja. Boleh semak di laman web Ezbuy Malaysia. Sebab MrJocko ada Voucher Diskaun RM30, maka yang MrJocko bayar cuma sekitar RM49.51 termasuk kos penghantaran dari China ke Malaysia cuma RM8.80 sahaja.

Bagaimana untuk dapat kos penghantaran cuma RM8.80? Korang kena register sebagai ahli Ezbuy Prime. Boleh semak di sini :- https://ezbuy.my/Prime

 

 

Selepas dua hari, informasi seterusnya menyatakan yang parcel MrJocko sudah sedia untuk dihantar. Di sertakan juga anggaran tarikh ETA (estimated time to arrival) pada 2 Mei 2017. Wow cepat jugak.

 

Dijangkakan sampai pada 2 Mei, tetapi Alhamdulillah, barang sampai awal 2 minggu. Pada 17 April 2017, barang sudah sampai di Collection Centre di MBE 1 Utama Petaling Jaya. 

Sebenarnya, untuk alamat penghantara, korang boleh bagi alamat rumah atau pejabat. Tetapi sebab selalunya MrJocko jarang ada dirumah dan juga tidak tentu masa ada dipejabat, lebih baik hantar ke Collection Centre EzBuy Malaysia.

 

 

Memandangkan pada tarikh 17 April MrJocko berada di Vietnam, terpaksa MrJocko ambil pada hari Sabtu 22 April 2017. Kalau ambil sebelum tarikh seminggu tiada tambahan extra chargers. 

Produk dalam keadaan baik dan memang puas hati beli beg luggage ini. Harga murah dengan kualiti yang memang terbaik. Kalau di Malaysia, kualiti seperti luggage travel bag 20 inci ini mungkin berharga sekitar RM150. MrJocko dapat dengan harga RM79++. Selepas diskaun, MrJocko bayar cuma sekitar RM49.51 sahaja… Murahkan???

 

Exit mobile version