Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Siapa Dia Anonymous?

Sebenarnya MrJocko tertarik nak bagi pandangan secara peribadi, apa itu Anonymous? Who is Anonymous? Anda tau apa itu anonymous???
Kalau korang seorang blogger, penulis, wartawan dan seumpamanya, tak kira la terkenal atau tidak, semestinya korang akan terjumpa dengan kawan-kawan yang singgah di artikel korang dan menjadi Anonymous. So, sekali lagi Who is Anonymous???

Anonymous di atas adalah contoh sahaja, kerana ia anonymous yang singgah di blog MrJocko. Mereka semua, sama seperti kita dan sememangnya kadang-kadang mereka lebih bijak dan pandai dari kita. Kalau contoh di blog, mereka berminat untuk memberi pandangan, tetapi mungkin atas faktor-faktor tertentu mereka tidak mahu memperkenalkan diri.
Jadi, pendapat MrJocko, Anonymous ni bukan lah senorang yang suka berahsia, mereka hanya tidak berani memperkenalkan diri sahaja. Ada antara mereka memang yang jenis low profile. Tak kurang juga yang sememangnya menjadi anonymous kerana mungkin tidak mahu mengguris hati orang yang di komen. 
Tetapi secara peribadi, menjadi anonymous ni umpama menjadi seorang PENEMBAK TEPAT atau Sharp Shooter yang bersembunyi, dan menembak apabila ada peluang. Dengan harapan, orang lain tidak dapat mencari mereka untuk melakukan serangan balas…
Sorry yer Anonymous,,, 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.