Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Siapa Menang Bila Malaysia vs Indonesia AFF Suzuki 2012

Selepas kalah dalam perlawanan pertama, Malaysia 0 – 3 Singapura, pasukan kita Harimau Malaysia bangkit dalam perlawanan kedua menentang Laos dengan keputusan Malaysia 4 – 1 Laos. Setakat hari ini selepas 2 perlawanan, Malaysia menduduki tangga ketiga dan dalam keadaan yang bahaya kerana perlu menang dengan Indonesia pada perlawanan hari Sabtu ini, 1 Disember 2012.
 
Ramai yang berharap Malaysia akan menang ke atas Indonesia malam ini, tetapi secara realitinya agak payah kerana di atas kertas, Indonesia sangat kuat kerana Seri atas Laos dan Menang atas Singapura.
 
Apa jangkaan anda untuk perlawanan antara Malaysia vs Indonesia dalam Piala AFF Suzuki 2012 malam ini??? Sedangkan katanya Muhymeen mungkin tak boleh main. Safee Sali dan Idlan Talaha masih lagi belum tunjuk taring. Safiq Rahim pun sekali sekala jer nampak bagus. Wan Zack pun belum tunjuk prestasi sebenar. Jadi, agaknya apa keputusan Malaysia vs Indonesia malam ni?
 
 
 

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.