• Wed. Oct 4th, 2023

Siapa Menteri Pelancongan Malaysia Yang Baru 2018 Tourism Malaysia

menteri_pelancongan_malaysia_mohamaddinketapi-scr

Umum mengetahui bahawa Pakatan Harapan yang di wakili oleh Parti Keadilan Rakyat, Parti Pribumi BERSATU, Parti Amanah, Parti DAP dan juga Parti Warisan telah berjaya dalam Pilihan Raya Umum 14 yang lalu. Oleh kerana tumbangnya kerajaan lama Barisan Nasional, maka Menteri Pelancongan Malaysia akan mempunyai menteri yang baru. Persoalannya sekarang, Siapa Menteri Pelancongan Malaysia Yang Baru 2018?

Pelancongan di Malaysia antara sumber ekonomi negara yang menyumbang sebanyak RM73.3 bilion kepada Pendapatan Negara Kasar pada tahun 2017. Industri ini juga merupakan penyumbang ketiga terbesar untuk KDNK negara. Boleh rujuk kepada Sumber Astro Awani.

Baca : Pelancongan dalam Malaysia Beri Impak Terbaik

 



 

Siapa Menteri Pelancongan Malaysia Yang Baru 2018

siapa menteri pelancongan malaysia yang baru
 

Updated : 1 Ogos 2018
Menteri Pelancongan baru Malaysia ialah YB Tuan Mohamaddin Bin Ketapi

Setelah hampir 2 minggu, Perdana Menteri Ke-7, Tun Mahathir Mohamad telah mengumumkan Barisan Kabinet 2018 Pakatan Harapan. Namun, setakat ini, tiada lagi nama Menteri Pelancongan Malaysia disebut dalam barisan kabinet tersebut. Maka, hingga hari ini, sunyi sikit riuh rendah di Tourim Malaysia.

Barisan Kabinet 2018 Pakatan Harapan ini membariskan menteri utama di Malaysia yang mana portfolio mereka adalah merupakan portfolio dasar dalam membina kerajaan yang lebih stabil.
 

menteri kabinet 2018 pakatan

Bagi yang terlibat dalam Industri Pelancongan Malaysia, ramai tertunggu Siapa Menteri Pelancongan Malaysia Yang Baru 2018. Setakat hari ini tiada gambaran jelas, siapa yang akan memegang tampok peranan pelancongan itu.

Menurut jangkaan MrJocko, calon-calon seperti Christina Liew (PKR Tawau), Hanna Yeoh (PKR Segambut) dan Theresa Kok (PKR Seputeh) mungkin akan jadi calon pilihan. Untuk lelaki, Datuk Kamaruddin Jaffar (PKR Bandar Tun Razak) atau mungkinkan Rafiz Ramli akan diberikan peluang memegang jawatan ini.

Baca : MrJocko dan Pelancongan Dalam Malaysia

siapa menteri pelancongan malaysia yang baru
Christina Liew
siapa menteri pelancongan malaysia yang baru
Hannah Yeoh
rafizi ramli
Rafizi Ramli

siapa menteri pelancongan malaysia yang baru
Teresa Kok

 

Ini sebagai andaian MrJocko sahaja. Mungkin ada calon lain yang lebih layak untuk mengisi jawatan Menteri Pelancongan Malaysia Yang Baru 2018. Tugas sebagai menjaga kementerian Pelancongan ini bukan senang kerana ia melibatkan banyak perkara termasuk usaha menarik pelancong luar supaya datang ke Malaysia.

Apapun keputusan dan siapa yang dilantik, diharapkan beliau akan kembali memajukan industri pelancongan di Malaysia. Antara yang boleh ditambahbaik ialah dengan menggalakkan industri pelancongan domestik, memperkenalkan destinasi baru pelancongan dalam negeri, memberi inisiatif kepada penggiat Industri Pelancongan dan juga menambahbaik kemudahan yang berkaitan dalam industri pelancongan termasuk kemudahan infrastruktur.

Siapa Menteri Pelancongan Malaysia 2018 yang anda rasa layak memegang jawatan ini?

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

One thought on “Siapa Menteri Pelancongan Malaysia Yang Baru 2018 Tourism Malaysia”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.