Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Siapa Peserta Fear Factor Malaysia 2013

Selepas berjaya dengan Fear Factor Selebriti Malaysia 2013, kini Astro kembali dengan musim baru Fear Factor Malaysia 2013 yang akan menggabungkan Selebriti dan Peserta Bukan Selebriti di Astro Ria 104 dan Mustika HD 134. Siapa peserta Selebriti Fear Factor Malaysia musim terbaru 2013?
Mereka terdiri dari 16 peserta selebriti termasuk Norman Hakim, Sari Yanti, Zain Saidin, Ryzal Jaafar, Azura Zainal, Bambang Soteto, Dira Abu Bakar, Shah Iskandar, Shuib Sepah, Syed Ali, Erin Malek, Izzue Islam, Nas-T, Thanuja, Engku Ismail dan Yana Samsudin.
Apa dia Fear Factor Malaysia?
Fear Factor merupakan sebuah program realiti TV berkebolehan tinggi yang memaparkan aksi-aksi peserta mempertaruhkan kebimbangan primitif mereka demi memenangi sejumlah besar wang tunai. Kali ini, para Selebriti akan bekerjasama dengan para peminat mereka, berjuang untuk mambawa pulang hadiah utama.

Di dalam siri ini, peserta akan dibahagikan kepada dua kumpulan. 

Setiap kumpulan akan dianggotai dengan lapan pasangan dan penyingkiran akan berlaku pada setiap episod. Dua pasangan terakhir di setiap kumpulan yang berjaya mengekalkan diri mereka di dalam permainan akan mara di pusingan yang terakhir. Empat pasangan tersebut, masing-masing akan berentap untuk membawa pulang hadiah Utama.
Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk sertai Ujibakat Fear Factor Malaysia Musim 2, cepat-cepat hantarkan penyertaan anda sekarang. Layari laman web FEAR FACTOR MALAYSIA untuk maklumat lanjut.
Anda dikehendaki untuk hantar Borang Penyertaan dan hantarkan Video Ujibakat anda ke lamab web tersebut sebagai syarat untuk pihak Fear Factor memilih anda sebagai salah seorang peserta Fear Factor Malaysia Musim 2.
Penyertaan Ujibakat Fear Factor Malaysia Musim 2 masih dibuka sejak 22 Julai 2013 sehingga 18 Ogos 2013
p/s : Amacam Boni Kacak dan Nizam Ijam, berani join Fear Factor?

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.