Site icon Travel Blogger Malaysia

Informasi Tentang Siaran Digital MyFreeview Malaysia Percuma

Pernah dengar tentang MyFreeview TV Malaysia? Ia adalah siaran digital yang akan menggantikan siaran TV analog sebelum ini. Untuk informasi, Siaran Digital MyFreeview Malaysia Percuma dan bleh diakses di mana-mana lokasi di Malaysia dengan bantuan antena yang betul.

Ini adalah Projek DTT (Televisyen Terestrial Digital) adalah di bawah naungan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dan diselia oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Ia merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk menyediakan khidmat penyiaran TV dan radio terbaik untuk rakyat. Pembaharuan ini memberikan semua siaran yang lebih jelas tanpa sebarang bayaran bulanan.

Baca : MrJocko dan Informasi Semasa

 


Siaran Digital MyTV Freeview Malaysia Percuma

siaran digital myfreeview malaysia percuma 01 copy

Kalau nak tahu, siaran Analog TV di Malaysia akan berakhir pada Oktober 2019 dan akan digantikan dengan Siaran Digital TV yang lebih jelas dan lebih berkualiti.

Bgaimana cara nak dapatkan siaran digital MyFreeview ini? Boleh baca langkah-langkah penetapan di sini https://www.myfreeview.tv/ms/decoder#howtosetup

Soalan Lazim Tentang Siaran Digital MyFreeview Malaysia Percuma

Soalan : Di mana boleh saya dapatkan Decoder MyFreeview Malaysia?

Jawapan : Anda boleh membeli dekoder MyFreeview TV ini dari pengedar sah seperti Seng Heng dan jualan secara Online di internet. Harga bergantung kepada unit dan pemasangan tidak termasuk.

Soalan : Untuk guna MyFree, adakah saya memeerlukan TV baru?

Jawapan : Set TV lama sudah mencukupi asalkan ia mempunyai sambungan masuk AV/HDMI yang boleh disambungkan kepada dekoder menggunakan kabel AV/HDMI.

• TV digital baharu yang mempunyai label/cop DTTV dengan pengesahan SIRIM yang dilengkapi dengan penala digital (built-in digital tuner) atau dikenali sebagai IDTV (Integrated Digital Television), boleh menerima terus siaran digital myFreeview tanpa dekoder.

Soalan : Apakah kelebihan siaran digital MyFreeview ini?

Jawapan : Ia punyai kelebihan jauh berbanding siaran analog seperti
• Imej lebih tajam dan jelas dengan resolusi lebih tinggi.
• Bunyi yang berkualiti tinggi.
• Percuma – tanpa bayaran bulanan.
• Perkhidmatan TV interaktif seperti membeli-belah dari rumah dan video atas permintaan boleh didapati melalui sambungan internet pada masa akan datang.
• Penambahan perkhidmatan dan saluran TV pada masa akan datang.
• Kelebihan merakam program pada masa akan datang.

Soalan : Sekiranya saya menginap di flat, apartment atau kondominium, bolehkah saya menerima siaran ini?

Jawapan : Boleh. Perkhidmatan myFreeview boleh diterima apabila aerial dalaman/aerial luaran UHF disambungkan kepada IDTV ataupun TV sedia ada yang disambungkan dengan dekoder DVB-T2. Pihak pengurusan kondo/pangsapuri juga boleh memasang Sistem TV Antena Utama (MATV – Master Antenna TV System) untuk menerima siaran digital myFreeview.

Soalan : Apa beza siaran ini dengan siaran ASTRO dan HYPPTV

Jawapan : Anda boleh menikmati saluran TV dan radio popular di Malaysia secara percuma tanpa sebarang yuran langganan untuk perkhidmatan myFreeview. Ia juga merupakan satu pilihan terbaik sekiranya anda tidak mahu terikat dengan pakej langganan. Walaubagaimanapun program yang sedia ada tidak sebanyak berbanding perkhidmatan TV berbayar seperti Astro dan HyppTV. myFreeview akan menambah lebih banyak program pada masa hadapan.

Soalan : Bolehkan saya guna DVB-T2 dan Dekoder ASTRO dalam masa yang sama?

Jawapan : Boleh, asalkan TV anda mempunyai terminal masuk AV/HDMI yang mencukupi untuk kedua-dua dekoder.

Soalan : Berapakah kos siaran MyFreeview TV Malaysia?

Jawapan : Siaran digital myFreeview adalah PERCUMA dan tanpa sebarang kos tersembunyi yang lain. Anda hanya perlu membayar sekali sahaja untuk membeli IDTV baru atau dekoder DVB-T2 dan membayar yuran pemasangan sekiranya anda perlukan bantuan pemasangan aerial luaran UHF atau perkhidmatan penyelenggaraan.

Exit mobile version