Site icon Travel Blogger Malaysia

Signal Hill Observatory Di Bukit Bendera Kota Kinabalu

Signal Hill Observatory Bukit Bendera antara lokasi pelancong yang boleh anda singgah kalau ke Kota Kinabalu. Hanya beberapa minit memandu dari pusat bandar dan tidak perlu susah-susah mendaki kerana ia mudah akses menggunakan kenderaan seperti kereta, teksi, motorsikal atau basikal. Inilah dia Signal Hill Observatory Di Bukit Bendera Kota Kinabalu.

Signal Hill Observatory Bukit Bendera adalah titik paling tinggi di bandar Kota Kinabalu, Sabah. Dari lokasi pemerhatian di puncak Signa Hill Bukit Bendera ini, anda boleh lihat beberapa sudut bandar Kota Kinabalu dan keindahan Taman Laut Tunku Abdul Rahman Park.

Baca : Tempat Best Di Kota Kinabalu Sabah

 



 

Signal Hill Observatory Bukit Bendera

Signal Hill Observatory Bukit Bendera

 

Walaupun sudah 4 kali sebelum ini ke Kota Kinabalu, ini adalah kali pertama MrJocko singgah di puncak Signal Hill Observatory Di Bukit Bendera. Ia memang tempat santai untuk anda melihat pemandangan yang cantik sambil boleh lepak santai minum kopi di Cafe bersebelahan.

Kalau anda menggunakan Teksi, bayaran tambang dari Padang Merdeka ke Signal Hill ini sekitar RM10. Tiada bayaran masuk dikenakan kerana ia tempat terbuka dan percuma. Walau pun begitu, kawasan ini dibuka dari jam 8.00 pagi sehingga jam 12.00 tengah malam.

 

 

 



 

Ia bukan lokasi popular dikalangan pelancong kerana tidak banyak kemudahan asas lain di sini. Apa yang MrJocko tahu, hanya ada ruang parkir beberapa ruang, satu cafe dan ruang rehat untuk anda menyaksikan pemandangan bandar Kota Kinabalu.

Mungkin kalau selepas ini, MrJocko nak cuba singgah di sini waktu senja untuk melihat pemandangan matahari terbenam atau sunset. Ia mungkin satu idea yang bagus untuk anda yang sukakan pemandangan indah di Sabah.

Exit mobile version