• Mon. Sep 25th, 2023

Review Guna Sim Card Optus Prepaid Australia

Optus_Sim_Card_Australia_02-copy

Travel ke Australia? Perlukan pakej data plan 3G atau 4G ketika di Australia untuk kegunaan Google Maps, Facebook, Whatsapp, Instagram dan juga Email? MrJocko syorkan anda cuba Sim Card Optus Prepaid Australia. Dengan hanya harga pakej sekitar AUD15 anda boleh guna Data sehingga 3GB selama 28 hari di Australia. Wow!!! Ini harga biasa, jika waktu promosi, anda cuma bayar AUD10 sahaja untuk pakej biasa AUD30.

Pakej melancong ke luar negara memang best. Lagi best jika selalu boleh berhubung dengan keluarga dan rakan-rakan di Malaysia dengan menggunakan pakej data 3G atau 4G yang murah. Pakej Kembara menggunakan data plan telco di Malaysia menawarkan harga sekitar RM30 untuk sehari. Kalau 5 hari bermakna MrJocko perlu membayar sekitar RM150. Agak mahal kan?

Baca : Tempat Menarik di Australia Negara Kangaroo

 



 

Sim Card Optus Prepaid Australia

Optus Sim Card Prepaid Australia

 

Muda sahaja daftar sim card Optus Prepaid di Australia ini. Beritahu pakej sesuai yang anda mahu dan daftar dengan menggunakan Passport anda. Tak sampai 5 minit, anda sudah boleh aktifkan sim card anda dengan mudah. 

Kualiti Optus Prepaid Australia ni boleh tahan. Bayangkan dari Perth kami bergerak sehingga Lancelin dan Pinnacles Park, tidak ada masalah. Cuma sesekali terhilang coverage ketika pemanduan, tetapi masih lagi tidak menjadi masalah dan boleh dikatakan sehingga Pinnacles hingga ke Bunbury, Sim Card Optus Prepaid Australia memuaskan dari segi coverage dan juga kelajuan data. 

Nak tahu apa yang perlu bila melancong ke Australia? Baca ni – http://www.mrjocko.com/2016/06/tentang-melancong-ke-australia.html

Sim Card Optus Prepaid Australia Sim Card Optus Prepaid Australia Sim Card Optus Prepaid Sim Card Optus Prepaid Australia

Sim Card Optus Prepaid Australia

Kalau mengambil kira dengan harga dan juga pakej yang ditawarkan, untuk pelancong seperti MrJocko, ia memang memberikan kelebihan dan pakej yang berbaloi untuk digunakan. AUD15 mempunyai nilai hampir sama dengan RM45 sahaja untuk tempoh 5 hari dan masih lagi berbaki 1.5GB bila MrJocko semak ketika hari terakhir. Jimatkan?

Dia Australia, banyak bilik hotel samada homestay, hostel, caravan park atau hotel menyediakan WiFi Percuma untuk kemudahan pelanggan mereka. Jadi, ketika berada di hotel, kami gunakan WiFi hotel untuk kegunahan YouTube, facebook, Instagram atau akses email.

Untuk anda yang nak ke Australia, Optus Prepaid Australia antara pilihan yang terbaik mungkin boleh anda cuba. Melainkan anda tidak mahu tukar sim card baru, guna sahaja pakej data Roaming anda. 🙂

Maklumat lanjut layari – http://www.optus.com.au/shop/mobile/prepaid/sim

 

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.