Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Guna Sim Kad Prepaid Murah U Mobile Recommended

Guna Sim Kad Prepaid Murah U Mobile Recommended. Ya, beberapa hari yang lepas, MrJocko mencari sim kad prepaid yang murah untuk dijadikan no talian smartphone tambahan. Tak nak guna postpaid, nak guna sim kad prepaid sahaja kerana nak jimatkan kos. Lagipun, kalau nak pakai data 4G atau internet, boleh guna WiFi Percuma.

Selepas buat perbandingan mudah, MrJocko nak cuba sim kad prepaid dari U Mobile. Sebelum ni banyak juga feedback yang bagus tentang kelebihan telco U Mobile. Jadi, apa salah mencuba.

Baca : MrJocko Review Pakej Talian Telco

 


Guna Sim Kad Prepaid Murah U Mobile Recommended

Sim Kad Prepaid Murah
Sim Card Prepaid U-Mobile

 

Sim Kad Prepaid Murah Yang Di Syorkan

Semalam, MrJocko dapatkan satu sim kad prepaid U Mobile, sim kad prabayar terbaru dari U Mobile. Harga starter sim kad prabayar U Mobile ini murah dengan hanya berharga RM8.50 termasuk GST.

Pek permulaan sim kad prepaid U Mobile ini mempunyai kredit nilai RM5, data 200mb Percuma, tempoh aktif 10 hari dan juga 10 hari panggilan Percuma kepada semua rangkaian U Mobile.

 

Sim Kad Prepaid Murah

Sebelum ni MrJocko pernah cuba sim kad prabayar dari Celcom, Maxis dan Digi. Kali ini MrJocko nak cuba Sim Kad U Mobile pulak, mana tahu ia serasi dan bagi servis terbaik. Lepas ni kalau MrJocko travel dalam Malaysia, ada pilihan untuk telco yang berbeza. Mana tahu talian Maxis yang MrJocko guna ‘down’, boleh la guna talian telco U Mobile.

Sim Kad Prepaid POWER U Mobile dengan 3GB PERCUMA setiap bulan ini nampak menarik. Kalau prepaid dapat 3GB data internet percuma setiap bulan dah kira berbaloi dah. Top-up jer RM30 sebulan, cukup la untuk line telefon back-up kan?

Updated : 31 Oktober 2019

Sejak 2 bulan lepas, kami guna dua PrePaid U Mobile. Untuk kegunaan ringan dan sebagai no back-up, penggunaan Prepaid U Mobile memang berbaloi. Top-up cuma sekitar RM30 sahaja sebulan, tetapi boleh guna Data Internet hampir Unlimited. Walaupun perlahan, cukup untuk guna Whatsapp dan juga simple login Facebook dan Instagram.

Memang Recommended kalau anda nak jimat dengan data Prepaid. Pelan Prabayar yang mudah dan tidak mengelirukan.

One Comment

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.