Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) Pakej Sim Kad Murah Dan Menjimatkan

Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) adalah pakej talian baru untuk semua rakyat Malaysia dengan tawaran yang lebih murah dan sangat berpatutan. Bagi Blogger seperti MrJocko, jika tawaran pakej SR1M seperti ini, ia sudah tentu satu pilihan yang bijak.

 

Sim Pack SR1M

Memperkenalkan talian baru untuk rakyat Malaysia, Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M)! Kadar rendah yang hanya ditawarkan melalui SR1M akan secara tidak langsung memberi harapan baru kepada rakyat atau golongan berpendapatan rendah untuk menggunakan sistem telekomunikasi yang terkini dan canggih seperti perkhidmatan jalur lebar dan 4G. 

Sim Kad Rakyat 1Malaysia ini akan merealisasikan harapan kerajaan untuk menggalakkan penggunaan telefon pintar melalui SR1M oleh setiap rakyat di negara ini.Mengenai SR1MSejajar dengan usaha kerajaan dalam menyediakan kehidupan yang lebih sempurna dengan memperkenalkan produk-produk 1Malaysia, maka Sim Kad Rakyat 1Malaysia (SR1M) akan menambahkan satu lagi produk 1Malaysia yang secara jelas memberi manfaat kepada rakyat Malaysia. 

 

 

 

Sim-Kad-Rakyat-1-Malaysia-SR1M

 

Sim-Kad-Rakyat-1-Malaysia-SR1M

 

 

Produk SR1M yang bakal diperkenalkan ini bukan sahaja akan ditawarkan dengan harga rendah malah ianya juga mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama lain yang menyediakan perkhidmatan yang sama di Malaysia. Sasaran pengguna utama adalah daripada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana tidak kira di luar bandar atau di bandar. 

Pengguna daripada kalangan lepasan sekolah pula merupakan golongan sasaran kedua yang berpotensi untuk menikmati kadar rendah SR1M. Selain daripada itu, usaha mencambahkan peniaga Bumiputera yang baru dalam bidang telekomunikasi juga amat dititikberatkan dalam menjayakan program ini.Produk Simkad Rakyat 1Malaysia ini pastinya akan memberi banyak manfaat kepada pengguna atau rakyat samada secara langsung atau tidak langsung.

Antara manfaatnya ialah dengan pewujudan produk ini maka akan membuka akses golongan berpendapatan rendah terhadap dunia telekomunikasi yang terkini iaitu dengan perkhidmatan jalur lebar, 4G dan sebagainya. 

Akses kepada lebuhraya maklumat akan berada di hanya hujung jari selain memudahkan hubungan dua hala antara pengguna di bandar dengan penguna di luar bandar.Inisiatif ini adalah merupakan hasil usaha pihakOptic Tech Sdn Bhd sebagai pengedar tunggal dengan kerjasama Clixster sebagai rakan kongsi dalam menyediakan jaringan telekomunikasi yang terkini dan mampu milik untuk rakyat Malaysia. 

Ciri-ciri SR1M

1. Tiada Pelan, Tiada Komitmen

Tidak perlu mendaftar dalam mana-mana pelan untuk menikmati kadar rendah yang ditawarkan.2. Kadar Rata Ke Seluruh NegaraNikmati kadar rata panggilan ke seluruh negara bersama 20% rebat kredit untuk setiap isian semula dari pengedar berdaftar SR1M.3. 

Kualiti Liputan & Rangkaian SR1M menawarkan liputan rangkaian di seluruh Malaysia setaraf dengan pembekal rangkaian sedia ada.Panduan Pengguna SR1M1. 

Cara menambah nilai SR1MTambah nilai di mana-mana pengedar SR1M yang memaparkan tanda SR1M yang terdapat di pelbagai lokasi di seluruh negara, termasuk di cawangan pengedar SR1M dan kedai serbaneka terpilih. Anda boleh menambah nilai pada bila-bila masa dan di mana jua supaya anda boleh terus berhubung dengan kenalan anda.

2. Cara memeriksa baki SR1M . 

Anda boleh memeriksa baki dengan menekan *126# dan kemudian tekan butang panggil.

3. Nombor USSD

*126# dan tekan butang panggil untuk Pertanyaan Baki.

*129# dan tekan butang panggil untuk Menu Pengguna. 

4. Khidmat pelanggan, Hubungi talian 011-2211-3311 untuk mendapatkan khidmat pelanggan SR1M. Atau layari laman web utama SR1M Sim Kad Rakyat 1Malaysia

 

5. Clixster Mobile merupakan pembekal rangkain kepada SR1M.

 

Rasanya esok nak cari pakej murah Sim Kad Rakyat 1Malaysia ini dilokasi berhampiran. Ingin cuba pakej murah dan berbaloi dari SR1M ini, mana tau selepas ini ia akan menjadi talian tetap MrJocko.

 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.