Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Tips Travel Jimat Dan Selamat Simpan Kasut Guna Shower Cap

Setiap kali travel dan menginap di hotel atau hostel, saya cuba cari Shower Cap yang disediakan. Memang tak guna masa mandi, tetapi digunakan untuk tujuan lain. Kalau nak tahu, kali ni nak kongsi Tips Travel Jimat Dan Selamat Simpan Kasut Guna Shower Cap. Ia sesuatu yang sangat berguna kepada sesiapa yang ada kasut.

Sebelum ni, MrJocko ingat Shower Cap ni digunakan untuk perempuan sahaja. Rupanya ada banyak kegunaan lain Shower Cap yang tak ramai tahu. Antara yang pernah MrJocko guna Shower Cap ni sebagai pembungkus kasut ketika packing dalam bagasi. Ia menghalang dari kotor kasut terkena kepada baju atau barang lain di dalam bagasi. Fungsi shower cap ini juga menghalang dari bau busuk kasut melekat ke baju lain dalam bagasi.

Baca : Tips Travel Dari Travel Blogger Malaysia

 


Tips Travel Jimat Dan Selamat Simpan Kasut Guna Shower Cap

Tips Jimat Dan Selamat Simpan Kasut Guna Shower Cap
 

Baca juga Tips Travel Dari MrJocko

Jadi untuk korang yang selalu travel dan menginap di hotel yang menyediakan Shower Cap, boleh la cuba tips travel dari Travel Blogger Malaysia MrJocko. Samada lelaki atau perempuan, yang tak guna shower cap masa mandi, boleh la simpan dan bawa balik Shower Cap yang di sediakan di dalam bilik hotel. Biasanya ia di sediakan secara PERCUMA.

Benda macam Shower Cap ni nampak biasa sahaja dan macam tidak berguna, tetapi bila korang tahu kegunaan lain untuk Shower Cap, ia pasti akan menjadi ‘cenderahati’ yang wajib korang ambil kalau menginap di hotel.

Tips Jimat Dan Selamat Simpan Kasut Guna Shower Cap

Tips Jimat Dan Selamat Simpan Kasut Guna Shower Cap

Tips Jimat Dan Selamat Simpan Kasut Guna Shower Cap

Biasanya shower cap yang disediakan di dalam hotel ada 2 pcs untuk setiap hari jika menginap di bilik hotel standard. Kalau biik single, sudah pasti la ada satu sahaja. Tapi tak apa, sehari, boleh simpan satu. Kalau menginap 3 hari, boleh simpan 3 pcs.

Gunanya, bila nak balik, ada kasut yang sudah di pakai dan nak kemas di dalam bagasi, boleh guna Shower Cap untuk bungku kasut tersebut. Sesetengah traveller guna kasut dan kotor atau berbau. Iniboleh menghalang dari kotoran kasut atau bau busuk kasut melekat ke barag lain di dalam bagasi.

Selain dari guna untuk balut kasut di dalam bagasi, ia juga boleh digunakan untuk membalut kasut untuk di simpan di rumah. Ia mnghalang dari habuk dan juga kesan pancaran matahari yang boleh merosakkan kasut. Kalau tidak pun ia melambatkan kesan kepada kasut tersebut.

Sekarang dan ada cara mudah dan jimat untuk simpan kasut guna shower cap. Tak perlu guna modal besar, cukup sekadar guna shower cap hotel percuma.

Ada lagi kegunaan lain untuk shower cap, boleh baca di sini Fox News http://www.foxnews.com/real-estate/2012/04/09/11-uses-for-shower-caps.html

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.