Sindrom Jadilah Seperti Rashid dan MrJocko
|Beberapa hari ni timbul kisah cerita di Facebook, cerita viral kisah si Rashid, ia mungkin boleh dianggap Sindrom Jadilah Seperti Rashid. Siapa Rashid? Setakat ini tiada siapa yang tahu, mungkin kah dia pengganti Amran Fans?
Ada banyak juga yang betul dalam apa yang diperkatakan oleh ‘Jadilah Seperti Rashid’. Sebab itu ramai yang berinspirasi untuk jadi seperti Rashid yang baik, termasuk MrJocko sendiri.
Yang dikongsi dan dinyatakan di setiap status update jadilah seperti Rashid memang nasihat, peringatan, sindiran dan ayat-ayat yang membuka banyak mata dan juga hati kita. Itupun kalau kita sedar.
MrJocko sendiri memang terkesan, tambah-tambah pengalaman selama hampir 4 tahun selepas berkerja sendiri ini membuka mata dan berfikir untuk terus maju ke hadapan. Untuk maju, sebaiknya kena jadi orang yang baik. Nak jadi orang yang baik, boleh belajar dari status Facebook ‘jadilah seperti Rashid’.
Ayat yang simple, sindiran yang agak menusuk, peringatan yang memang berkesan, itu antara sebab kenapa tiba-tiba Rashid menjadi terkenal. Untung lah sesiapa yang bernama Rashid? Nama korang Rashid???
Selain Rashid, ‘Jadilah Seperti MrJocko’. Dari seorang yang selalu merungut sebab kerja pejabat yang membosankan dan semakin menekan. Rutin sama setiap hari, terperap di dalam pejabat, dalam Kuala Lumpur dan umpama robot. Itu dulu, kini MrJocko sudah berubah jauh!!!
Sertai MrJocko dan jadi lah sesorang yang simple dan travel secara PERCUMA ke seluruh negara dengan jenama Blog Travel tersendiri 🙂