Singapura Akan Lancarkan Program Perjalanan Bebas Kuarantin
|Singapura akan lancarkan program perjalanan bebas kuarantin pertamanya untuk mereka-mereka yang mendapat vaksin lengkap, khasnya tetamu yang tiba dari Jerman dan Brunei. Program ini juga akan melonggarkan sekatan bagi pengunjung dari Hong Kong dan Macau. Usaha ini dibuat kerana Singapura sekarang sedang berusaha untuk membuka kembali sempadannya setelah program memvaksinasi lebih dari 75% penduduknya.
Disaat situasi pandemik COVID-19 global berkembang, Singapura akan terus menyesuaikan langkah-langkah perbatasan yang diperlukan dengan perlindungan yang bersesuaian untuk memastikan kesihatan dan keselamatan awam, menurut Civil Aviation Authority of Singapore.
Baca : Penerbangan Terus Koh Samui Ke Singapura
Singapura Akan Lancarkan Program Perjalanan Bebas Kuarantin
Kredit Gambar : Internet
Sebelum ini, hanya penduduk Singapura dan mereka yang mempunyai pekerjaan atau pas pelajar dibenarkan memasuki negara itu dengan syarat-syarat yang ketat dan SOP tertentu.
Dikhabarkan mulai 8 September 2021, pelawat dari Jerman dan Brunei boleh memohon Pas Perjalanan Vaksin untuk memasuki Singapura, tanpa mengira alasan mereka melakukan perjalanan. Mereka mesti mengambil beberapa ujian coronavirus, termasuk sebelum berlepas, pada waktu ketibaan, dan selepas ketibaan, sebagai pengganti syarat kuarantin.
Sumber : WestPort-News
Singapura Lancarkan Program Perjalanan Bebas Kuarantin
Pelancong juga mesti tinggal di negara berlepas mereka, sama ada Jerman atau Brunei, atau di Singapura sebelum itu, sekurang-kurangnya 21 hari berturut-turut sebelum berangkat ke Singapura. Keperluan lain termasuk insurans yang merangkumi rawatan perubatan COVID-19.
Secara berasingan, pelancong dari Hong Kong dan Macao yang telah menghabiskan tiga minggu berturut-turut di bandar-bandar tersebut boleh memohon untuk memasuki Singapura mulai 26 Ogos. Mereka juga tidak perlu dikuarantin jika mereka menguji negatif semasa tiba dan mengasingkan diri sehingga keputusan ujian tersedia.
Bagaimanapun, Menteri Pengangkutan Singapura S. Iswaran berkata, belum ada lagi rancangan untuk mewujudkan laluan perjalanan Singapura – Hong Kong. Rancangan laluan perjalanan udara yang dirancang sebelumnya telah dibatalkan sebanyak dua kali kerana lonjakan kes virus Covid-19.
Sementara Singapura meringankan sekatan perjalanan, Hong Kong telah mengambil pendekatan yang berbeza. Hong Kong dikhabarkan akan memperketat sekatan masuk dari hari Jumaat, meningkatkan tempoh kuarantin bagi pelancong yang divaksinasi dengan ujian antibodi positif dari negara berisiko sederhana hingga tempoh 14 hari.
Sebelum ini, pelancong dari negara-negara yang berisiko sederhana seperti Singapura dan Kanada hanya perlu dikuarantin selama tujuh hari di Hong Kong jika mereka diberi vaksin sepenuhnya dan diuji positif untuk antibodi COVID-19.