Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Singgah Di Hard Rock Cafe Surfers Paradise Gold Coast

Rasanya ramai peminat jenama Hard Rock Cafe di Malaysia bukan? Tengok saja barangan jualan ‘mechandise’ di outlet butik Hard Rock Cafe Kuala Lumpur, Penang dan kini katanya di Melaka, terjual dengan banyak dan masih ada permintaan. Mereka yang suka dengan produk jenama Hard Rock Cafe ini, semestinya sukakan barangan Hard Rock Cafe seperti T-shirt, Key Chain, Mug dan macam-macam lagi.

Untuk pengetahuan anda, di Gold Coast pun ada satu outlet dan butik Hard Rock Cafe. Konsep dan design yang hampir sama dengan outlet Hard Rock Cafe seluruh dunia. Hard Rock Cafe Surfers Paradise Gold Coast berada berdekatan dengan Islander Hotel, Gold Coast, tempat MrJocko menginap pada masa tersebut.

Ia teletak di kawasan tumpuan pelancong dan berada di kawasan Main Beach Gold Coast. Ia dikenali sebagai Hard Rock Cafe Surfers Paradise.

Hard Rock Cafe Surfers Paradise Gold Coast

Harga barangan kat sini, boleh di katakan hampir sama dengan harga-harga mana-mana butik Hard Rock. Kalau di tukar dengan nilai tukaran wang, rasanya lebih kurang jer. Mungkin mereka kawal harga produk mereka.

Masa kat sana, tak beli apa pun. Hehehe, masa tu tak berada ada. Simpan jer la duit. Kalau sehelai tshirt berharga sekitar 79.00 Aussie Dollar,,, mahal ooo selepas convert kepada RM. Apa pun, jalan-jalan tengok produk kat Hard Rock Cafe, memang BEST 🙂

Hard Rock Cafe Surfers Paradise 

 
 
Hard Rock Cafe Gold Coast
 
Hard Rock Cafe Gold Coast
Hard Rock Cafe Gold Coast

Hard Rock Cafe Surfers Paradise

InsyaAllah, kalau ada rezeki sekali lagi, nak ke Gold Coast bersama family bawak jalan-jalan di sana. Ada banyak tempat menarik di Gold Coast Australia dan salah satunya Hard Rock Cafe Gold Coast.

2 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.