Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Singgah Di Masjid As Salaam Okachimachi Taito-ku Tokyo

Ini pengalaman saya sendiri, Singgah Di Masjid As Salaam Okachimachi Taito-ku Tokyo. Anda yang pernah ke Akihabara Tokyo Jepun, saya syorkan untuk singgah sekejap di sebuah masjid yang agak popular di kawasan ini. Sememangnya ia agak tersembunyi sedikit tetapi kalau nak rasa aura Muslim dan mencari kedai makanan Muslim berdekatan kawasan Stesen Keretapi Akihabara, boleh la menuju ke kawasan ini.

Masjid yang terletak kira-kira 1km sahaja dari Stesen Akihabara, sangat dekat dengan laluan Yamanote Line (Route Hijau) yang popular mengelilingi bandaraya Tokyo. Maksudnya, jika anda benar-benar ingin ke sini, sangat mudah, hanya cari laluan keretapi menuju ke Yamanote Line dan berhenti di Stesen Akihabara.

Baca : Akihabara Tempat Membeli Belah Peralatan Elektrik Popular di Tokyo Jepun

 


Singgah Di Masjid As Salaam Okachimachi Taito-ku Tokyo

Singgah-Di-Masjid-As-Salaam-Okachimachi-Taito-ku-Tokyo-01 copy

Singgah-Di-Masjid-As-Salaam-Okachimachi-Taito-ku-Tokyo-02
Bangunan Masjid AsSalaam Okachimachi Tokyo

Peta Masjid As Salaam Okachimachi Taito-ku Tokyo
Peta Masjid As-Salaam Okachimachi Taito-ku Tokyo

 

Dari stesen keretapi Akihabara, hanya perlu jalan kaki sahaja selama sekitar 15 minit untuk ke bangunan Masjid AsSalaam Okachimachi. Tak jauh mana jika kita berada di Jepun kerana kebiasaan orang di sini memang banyak berjalan kaki dalam aktiviti seharian mereka.

Atau kalau anda sudah biasa dengan UENO Station, boleh bergerak dari sana, juga sekitar 15 minit akan dapat melihat bangunan Masjid ini.

Bangunan ini agak lama dan terbina di atas bangunan setinggi 5 tingkat yang memuatkan bahagian wuduk di tingkat bawah, ruang solat lelaki, ruang solat perempuan, dewan kuliah dan juga pusat pentadbiran.

Lokasi Masjid As Salaam Okachimachi UENO Tokyo

 

Singgah-Di-Masjid-As-Salaam-Okachimachi-Taito-ku-Tokyo-04

Singgah-Di-Masjid-As-Salaam-Okachimachi-Taito-ku-Tokyo-03

Singgah-Di-Masjid-As-Salaam-Okachimachi-Taito-ku-Tokyo-05

Singgah-Di-Masjid-As-Salaam-Okachimachi-Taito-ku-Tokyo-06

Singgah-Di-Masjid-As-Salaam-Okachimachi-Taito-ku-Tokyo-07
 

Pada pengamatan saya, bangunan Masjid ini memang memerlukan sumbangan dana yang berterusan untuk terus hidup dalam memberi sumbangan kepada aktiviti Muslim di sekitar UENO dan juga Akihabara. Lokasinya yang tidak jauh dari pusat bandaraya Tokyo, pasti menjadi tumpuan ramai Pelajar Muslim, Pekerja Muslim dan juga pelancong Muslim seluruh dunia untuk singgah menunaikan solat atau untuk melihat sendiri sinar Islam yang ada di negara Jepun ini.

Katanya, setiap bulan Puasa, ia menjadi nadi kepada ramai pelajar muslim untuk berbuka puasa dan menunaikan Solat Terawih sepanjang bulan Ramadhan.

Usaha yang dilakukan oleh AJK atau pengurusan bangunan Masjid As Salaam ini memang sangat murni dan jika anda berkemampuan boleh lah menyumbang untuk tabung kewangan di Masjid ini.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.