Pengalaman Kami Singgah Makan Durian Musang King Di Muar
|
Pengalaman Kami Singgah Makan Durian Musang King Di Muar. Kebetulan datang kerja dan bercuti kat sini, kami penuhkan aktiviti yang ada.
Muar, bandar Maharani di Johor memang sebenarnya banyak benda menarik untuk diterokai. Salah satunya, kat sini memang banyak tarikan seperti Mee Bandung Muar, Makanan Laut, Kopi 434 dan juga buah-buahan seperti Durian.
Yang paling best bila harga yang dijual di sini jauh lebih murah dari harga di Kuala Lumpur. Bayangkan, harga sekilo Durian Musang King dan Udang Merah cuma beberapa RM sahaja sekilo. Jenis durian-durian lain pun banyak yang dijual murah-murah.
Bila dah rasa buah durian di sini, memang puas hati. Sangat berbaloi. Rasa macam nak datang lagi ke Muar untuk makan buat Durian.
Nak makan Durian Musang King banyak-banyak rasa macam tak nak habiskan duit macam tu jer. Makan sebiji dua sudah la. Selebihnya kami makan durian kampung dan durian jenis lain yang lebih murah. Rasa pun sedap, harga pun murah.
Kalau jenis anda tak kisah, beli sahaja buah durian yang di longgok di sini. Harga selonggok sekitar RM10 – RM15 sahaja. Kalau pandai tawar boleh dapat dengan harga RM10 sahaja.
Buah durian yang dilonggok ni kadang-kadang di campur dengan buah durian biasa dan buah durian yang memang berkualiti seperti D24, Kunyit dan juga beberapa jenis durian lain.
Cakap banyak tak guna, kalau singgah Muar, singgah lah makan buah durian di tepi jalan besar menuju ke susur masuk highway Plus 🙂