Singgah Solat Di Masjid Paju Gyeonggi South Korea
|Ketika Winter Trip kami ke Seoul bulan Disember yang lepas, kami sempat Singgah Solat Di Masjid Paju Gyeonggi South Korea. Lokasi masjid ini terletak agak ke dalam, dikawasan perindustrian kilang-kilang sekitar Paju. Ia lokasi sesuai untuk pelancong Muslim singgah menunaikan Solat dan berehat sebentar sekiranya berada di kawasan ini. Kerana daerah Paju sekarang semakin popular sebagai satu lagi destinasi pelancongan di sempadan Korea Utara dan Korea Selatan.
Sebagai pelancong kami sangat berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang menyumbang dan menguruskan masjid ini. Terletak dinegara bukan Islam, tetapi ia sangat memadai dengan ruang parkir yang agak luas dan punyai kemudahan ruang mandi, ruang mengambil wuduk dan ruang solat lelaki dan perempuan yang luas dan selesa. Kudos kepada pihak pengurusan.
Baca : Lokasi Masjid Al Noor Di Sapporo
Singgah Solat Di Masjid Paju Gyeonggi South Korea
Memandangkan ramai pelancong kini melawat Majang Lake dan juga Imjingak Tourist Information Center, lokasi masjid ini sangat sesuai untuk dijadikan tempat persinggahan. Ia terletak di tengah-tengah dua lokasi ini dan memakan masa sejam perjalanan dengan kereta atau bas.
Melalui jalan utama, korang tidak akan rasa bosan kerana kiri dan kanan kawasan ini mula dipenuhi dengan kawasan tanah tinggi. Jika bernasib baik, korang akan dapat melihat bunker tentera yang masih digunakan sebagai pertahanan tentera di Korea Selatan menghadap ke Korea Utara.
Lokasi Masjid Paju ini terletak berhampiran dengan sungai Injin, yang terletak di antara Seoul dan kota Kaesong, Korea Utara. Kota ini merupakan sebuah kompleks teknologi tercanggih di Korea yang dikembangkan di dalam kota. Masjid Paju, biasanya dikunjungi oleh umat Muslim yang berasal dari Pakistan dan Bangladesh yang tinggal di sekitar wilayah tersebut.
Alamat Lengkap masjid ini korang boleh tuju ke 421-9, Yeongtae-ri, Wonreung-myeon, Paju-si, Gyeonggi-do, South Korea.
Alhamdulillah, klien kami sangat berpuas hati dapat singgah Solat Jamak di sini sebab ia memudahkan urusan mereka. Kalau solat di restoran atau mall, ia agak sempit. Kat sini, siap ada Air Kopi Panas Percuma.