Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

Sirap Bandung SEPOSEN?…

Lunch hour tadi, mulanya aku nak kena jumpa member aku & nak lunch skali, alih2 dia tak dapat join lak. So, dia dtg bwk brg yg aku pesan tu jer. Nak tak nak tpaksa la ke kupang sorang2 nak makan.
Kebetulan kat kupang, G-go, Abg Mat & si Kama pun lewat nak lunch, so aku join diorang jer la. Bermula la episod duk makan sambil duk pot pet pot pet. Dr satu citer ke satu citer. Paling aku terasa duk banding harga brg masa zaman dolo2 dgn harga sekarang.
Kalau korang lahir tahun 80 dan sebelum nyer, tambah2 zaman aku tahun awal 80an, kalau kat kampung aku Pisang Goreng boleh lagi di beli dgn seposen. Byk mana, 2 ketul, besar dan panjang. Pastu takder kena potong lak tu. Skang, cuba korng tgk. RM1, dah la pisang tu bukan pisang tanduk atau pisang “awak”. Satu biji pisang tu, potong tiga lagi. 3 potong tu la di jual dgn RM1. Ader lagi, kalau karipap zaman aku seposen bleh dpt besar penumbuk. Siap ader isi ubi kledek sama ada rasa daging lagi. Skang satu bijik karipap dgn harga 40sen. Dah la kulit karipap tu jenis segera yg mcm tak rasa gandum, inti dlm cam kosong jer. rasa la ubi keledek sikit, tp kalau nak rasa daging, kena la bayar RM1.50 sebijik.
Kalau zaman aku kat sekolah rendah, memang la mewah. Dapat 50 sen pun dah kira bleh idup. Meehon 20 sen, Kuih 5 sen, air sirap 5 sen. Lebih lagi 20 sen. On da way balik umah, sempat la beli goreng pisang dan air Sirap Bandung Seposen… Kira ngam2 la budget bapak aku kasi aku. Saving? Zaman tu mana ade pk nak saving. Kalu nak saving pun simpan dlm batang buloh. Tak sampai seminggu, sure buluh ke mana, duit syiling dlm tabung buluh ke mana.
Pasal air lak. kalau sirap bandung tu standard la seposen. Satu plastik. Kekadang kalu keadi yg baik, beli satu, bleh share 2 org lagi. Air kotak yg di jual kat sekolah, aku ingat lagi 30 sen. Ader strawberry dan Coklat jer taime tu. Korang ingat dah ader perisa vanila, mocha, capuccino, latte, balckberry mcm2 ker?
Tu pun kekadang nak minum air kotak, kena simpan la duit belanja hari ni, bleh beli esok. Dapat satu kotak, wah!,,, rasa cam budak2 minum Caffe kat Starbucks skang… berlagak nak mampos… hi hi hi…
Masa tu, kalau time raya masa pegi collect duit raya, satu umah dpt la collect 20 sen, 30 sen atau 50 sen. Kalau umah org kaya sket. Merasa jugak la RM1. Fuh! Rasa cam jutawan kejap. Masa tu mula la pasang angan2 nak beli itu la, ini la. Alih2, sampai umah bila petang, mak aku ambik simpan nak buat tambah beli baju sekolah…
Skang, smua tinggal kenangan dah. Air skang, mana ader lagi jual bawah RM1. Kalau yg jual RM1 pun, tak kira la, air tebu ker, soya ker, milo ker, teh ais ker, sure la, gula kurang la, tak der rasa la, tawar hebeh la… kan kan??? Rata2 kalau nak sedap sure RM2 and above. Korang jgn la nak compare dgn Capuccino, Latte, Mocha kat Coffee Bean & Starbucks nun… tu memang minuman org2 kaya.
Kalau bab makan lak, Nasi campur, kalau satu pinggan ngan lauk + sayur, sure RM5 dah. Tu pun dah jarang2 kedai bleh jumpa. Kalau luar KL, kat Kajang, Puchong ulu, Nilai, Rawang, atau Klang buleh kot. Dlm KL, susah yg amat. Dah la rega beras naik gila2 bulan lepas, sure la satu orang skang kena budget RM7 skali makan. Kalau dah RM7 skali makan, 2 kali makan dah RM14. Kalau kena dgn makan malam lagi tentunya RM21 sehari… tu, blum lagi ngidam nak makan KFC atau MekD.
adusss….
Tags:

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.