Travel Blogger Malaysia MrJocko, Wanderlust, Food Review, Hotel Review, Gadget Review, Best Destinations

G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

SK Magic Korea Selatan Melancarkan Penapis Air Terbaik JIKSOO Ria

Dalam semangat memberi dan berkongsi kegembiraan sempena Raya ini, satu lagi jenama kelengkapan rumah yang terkemuka di Korea Selatan telah melancarkan penapis air terbaru mereka. SK Magic Korea Selatan Melancarkan Penapis Air Terbaik JIKSOO Ria, iaitu penapis air tanpa tangki terbaharunya yang mampu dimiliki semua! Ia adalah produk yang ditunggu-tunggu.

Berpegang teguh kepada komitmennya dalam menginspirasikan semua rakyat Malaysia ke arah gaya hidup yang berkualiti serta sihat, JIKSOO Ria ditawarkan pada harga mampu milik, bagi mendorong rakyat Malaysia mengambil berat tentang air minuman mereka dan berhenti minum dari air sumber bertakung, yang merupakan kolam pembiakan untuk bakteria dan alga yang biasa ditemui dalam penapis air bertangki.

Baca : Tempat Menarik di Jeju Island

 


SK Magic Korea Selatan Melancarkan Penapis Air Terbaik JIKSOO Ria

SK Magic Korea Selatan Melancarkan Penapis Air Terbaik JIKSOO Ria 3 copy

SK Magic Korea Selatan Melancarkan Penapis Air Terbaik JIKSOO Ria 2

SK Magic Korea Selatan Melancarkan Penapis Air Terbaik JIKSOO Ria 1
 

Dijual pada harga RM3,800, tambahan terbaharu kepada rangkaian penapis air teknologi canggih JIKSOO SK magic ini, didatangkan dengan sistem penapisan teknologi nano yang inovatif serta sistem pensterilan UV tab air yang mampu menapis virus, bakteria, mikroplastik dan logam berat, di samping membolehkan mineral-mineral penting melaluinya.

Sebagai peneraju teknologi tanpa tangki, SK magic berpegang kepada kepercayaan bahawa air minuman yang bersih dan segar bukanlah barangan mewah, ia seharusnya mudah diakses oleh semua rakyat Malaysia, kerana kita semua berhak mendapatkan yang terbaik.
 

SK Magic Korea Selatan Melancarkan Penapis Air Terbaik JIKSOO Ria 4
Penapis Air JIKSOO Ria

SK Magic Korea Selatan Melancarkan Penapis Air Terbaik JIKSOO Ria 5

“Kami sentiasa mencabar diri dan menginovasi demi mencari ikhtiar dalam memastikan setiap orang dapat menjalani gaya hidup sihat dan berkualiti. Dengan cabaran yang kita hadapi sejak setahun lalu, kami ingin memastikan rakyat Malaysia terus mengutamakan kesihatan dan menjaga diri dengan menjadikan minuman air bersih satu amalan yang mampu dimiliki. Kami melancarkan JIKSOO Ria sempena Raya ini bagi membawa kebahagiaan ke rumah semua rakyat Malaysia dengan membudayakan gaya hidup sihat menerusi air minuman yang bersih lagi segar,” demikian kata Kim Kyung Won, Pengarah Urusan SK magic Malaysia.

JIKSOO Ria menyediakan air yang ditapis dalam tiga tetapan suhu (sejuk, suhu persekitaran, panas) menerusi sistem pemanasan dan penyejukan segera yang canggih. Selamat untuk kanak-kanak dan mesra pengguna, penapis air ini dilengkapi panel paparan yang direka secara estetik. Reka bentuknya yang anggun lagi minimalis bukan sahaja membolehkannya berpadan dengan ruang kehidupan bandar yang sempit, tetapi juga tampil sebagai sebahagian daripada hiasan rumah anda.

Penapis air tanpa tangki teknologi JIKSOO SK magic juga menampilkan penggunaan tenaga yang jauh lebih rendah, dimana JIKSOO Ria hanya menggunakan 730Wh sahaja setiap hari. Ini hanya berharga sehingga 16 sen setiap hari dan RM5 sebulan dalam bil elektrik sekaligus mengukuhkan kedudukan JIKSOO Ria sebagai pilihan alternatif penapis air yang mampu dimiliki di pasaran.

“JIKSOO Ria menggirangkan, canggih dan mampu dimiliki bagi semua. Rakyat Malaysia berhak untuk menikmati teknologi terkini pada harga yang berpatutan, yang lain daripada yang lain dalam pasaran,” tambahnya.

Mulai 1 Mei 2021, penapis air JIKSOO Ria akan tersedia untuk disewa pada kadar pengenalan istimewa RM75 sebulan, manakala harga pembelian ialah RM3,800. Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari https://www.skmagic.com.my/main.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.