Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

skim CEPAT KAYA lagi

Sindiket skim cepat kaya terbongkar – 28/07/2010

KUALA LUMPUR 28 Julai – Polis berjaya membongkar kegiatan satu sindiket penipuan skim cepat kaya selepas menahan 59 orang dan merampas 18 kereta mewah dalam satu serbuan di sebuah apartmen di Petaling Jaya dekat sini malam tadi.

Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ACP Rohaimi Md Isa berkata sindiket yang meminta para pelabur membuat pelaburan sehingga RM41,000 tiap seorang itu dipercayai memperdayakan orang ramai dengan menjadikan tawaran kereta mewah sebagai umpan.

Beliau berkata kegiatan itu terbongkar apabila polis melancarkan “Operasi Serama” yang disertai 82 anggota termasuk JSJK Selangor dan juga petugas dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan.

“Dalam serbuan kira-kira pukul 11 malam itu, polis juga merampas 18 kereta mewah termasuk Mercedez Benz, Fair Lady, BMW dan Mazda yang digunakan untuk ”mengumpan” orang ramai menyertai skim ini,” katanya. – Bernama.

Ni aku ambik dr BERNAMA, cerita skim cepat kaya lagi,,, tak abis-abis.

Dengar cerita geng-geng Friends Club. Asalnya konon Kelab Rekreasi dan Famili. Tapi dlm masa yg sama offer pelaburan modal sehingga RM41,000 dan bleh enjoy jadik Friends Club Members. pastu bulan2 bleh dpt RM5,000. Yer ker gittuw???

Di sogok dgn kereta2 Fairlady, Lancer GT 2.0, BMW dan macam2 kereta mewah, cepat je orang kita ter[engaruh. Yg sedihnya, kebanyakkan terlibat bangsa aku jugak, Melayu. Asal nak jadi kaya, alih2 kena tanggung hutang, tempah masalah, pastu moral down. Trus jadi KAYAp…

Tak sedar2 lagi ke cerita skim cepat kaya ni? Tak der yg bleh fikir ke, nak kaya bukan senang. Nak prabis duit memang senang.

Beringat la wahai kawan-kawan ku… Kalau nak kaya senang, Siti Nurhaliza, Mawi, Nabil Raja Lawak takyah keja dah. Dia letak jer RM41,000, trus pasni goyang kaki kat Hawaii… 🙂

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.