Skim Perubatan Madani Untuk Golongan B40
|Seakan tidak percaya bila Kerajaan Madani kini mengumumkan Skim Perubatan Madani Untuk Golongan B40. Kalau sebelum ini, Kerajaan lama pernah memperkenalkan Klinik 1 Malaysia, kemudian ia diteruskan perkhidmatannya sehingga sekarang dengan kadar bayaran minima RM1 sahaja untuk hampir semua rakyat Malaysia. Kini, konsep ini diperluaskan lagi ke Klinik Swasta yang terpilih.
Skim Perubatan MADANI merupakan satu inisiatif rintis oleh Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia yang diwujudkan bagi menampung keperluan kesihatan golongan B40 terhadap Penjagaan Kesihatan Primer Akut (Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut).
Baca : Klinik 1 Malaysia
Skim Perubatan Madani Untuk Golongan B40
Selama kami melawat beberapa negara lain di sekitar Asia, kami rasa inisiatif ini tidak ada dibeberapa jiran lain. Saya pasti yang pernah kami dengar, hanya di beberapa negara Arab sahaja yang menggunakan konsep yang hampir sama, yang mana rakyat bawahan boleh ke Klinik Swasta untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan percuma.
Sudah pastilah, khidmat yang diberikan adalah terhad kerana ia melibatkan kos yang tinggi. Namun, untuk permulaan, ia adalah langkah terbaik bagi memberikan servis kepada rakyat yang memerlukan.
Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dalam kalangan B40 kini boleh mendapatkan rawatan di klinik perubatan swasta (GP) yang berdaftar dibawah Skim Perubatan MADANI secara Percuma.
Lebih kurang 700,000 isi rumah boleh mendapatkan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut yang diperlukan di GP secara percuma dan ianya dapat mengurangkan beban kos rawatan kesihatan disamping meningkatkan kesejahteraan golongan berpendapatan rendah.
Fasa rintis Skim Perubatan MADANI ini akan dilaksanakan di beberapa daerah terpilih buat fasa permulaan. Daerah tersebut ialah di Johor Bahru (Johor), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Klang, Petaling, Hulu Langat & Gombak (Selangor), Kinta (Perak), Timur Laut (Pulau Pinang), Kuching (Sarawak) dan Kota Kinabalu (Sabah).
Projek ini akan dikembangkan lagi dari masa ke semasa untuk memenuhi peluang semua rakyat B40 dalam mendapatkan khidmat rawatan yang terbaik secara percuma.
Untuk informasi semua, Skim Perubatan MADANI ini akan memberi tumpuan kepada jalinan kerjasama diantara sektor awam dan swasta, terutamanya dalam penyampaian perkhidmatan Rawatan Pesakit Luar Kes-Kes Akut.
Untuk yang masih mencari kami sertakan lokasi asas Klinik Swasta yang mengambil bahagian dalam Skim Perubatan Madani ini.