• Mon. Sep 25th, 2023

Skool Of Lawak Program Realiti Lawak Terbaru ASTRO

IMG_130208304006418-794192

Bermula malam ini, 14 Februari 2014 jam 10.00 malam akan bermulanya Minggu Pertama persembahan Program Realiti terbaru ASTRO yang diberi nama Skool of Lawak. Rancangan Skool of Lawak ASTRO ini akan disiarkan setiap Jumaat di Saluran 132 Warna dan 134 Mustika HD.

Program Realiti ini mengumpulkan barisan pelapis Pelawak baru dengan konsep lawak yang berbeza. Peserta digabungkan dengan Team yang mereka tidak kenal dan akan beraksi untuk menjadi pelawak di pentas Skool of Lawak setiap minggu dibawah pimpinan tenaga pengajar yang berpengalaman seperti Hafsham, Sabri Yunus, Khir Rahman dan Fauziah Nawi.

 

Skool of Lawak 2014

Skool of Lawak 2014

 

Pengacara untuk Program Ujian Skool of Lawak menggandingkan Johan Rajalawak dan Jep Sepahtu, manakala untuk dairi mingguan akan diacarakan oleh Syuk SYJ.

Ada 11 Kumpulan yang dikenali dengan nama Kelas dan setiap kelas mempunyai nama-nama bertemakan Bunga. Setiap Kelas mempunyai 3 pelajar dan ini bermaksud keseluruhan pelajar Akhir Skool of Lawak ialah seramai 33 orang.

So, kalau anda dah rasa boring bila tamat Maharaja Lawak Mega 2013, anda boleh cuba menonton ‘Ujian Skool of Lawak‘ pulak. Dengar kata Lawak mereka ‘Ada Kelas’…

Glamorous MrJocko

By MrJocko

I'm Travel Blogger Malaysia. MrJocko is a multiple award-winning travel writer, tv host, photographer and social media influencer based in Kuala Lumpur, Malaysia. Been collaborating and writing for many tourisms and travel since 2000.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.