Travel Blogger Malaysia Influencer

G-Shock MurahBeli GShock Murah

SkyTrax World Best Airline Cabin Crew 2023 Winner List

SkyTrax bar sahaja mengumumkan beberapa Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia (World Airline Award 2023). Kami tertarik dengan anugerah ini, World Best Cabin Crew 2023 Winner List yang mana agak mengejutkan kami kerana Garda Airline kali ini mendahului syarikat penerbangan lain dan ditabalkan menjadi pemenang untuk Anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2023 (World Best Airline Cabin Crew 2023 Award).

Syarikat penerbangan Garuda Indonesia ini mengalahkan Singapore Airlines, pemenang World Best Airline Cabin Crew 2022. Garuda Airlines ini juga mengalahkan syarikat ternama lain termasuk ANA Airlines, Qatar Airlines, Cathay Pacific, Emirates dan British Airlines. Nampaknya, syarikat penerbangan dari Asia semakin mendapat tempat dalam hospitality terbaik dalam industri penerbangan dunia.

Baca : Pengalaman Terbang Dengan Garuda Airlines

World Best Cabin Crew 2023 Winner List

 


SkyTrax World Best Airline Cabin Crew 2023 Winner List

SkyTrax World Best Cabin Crew 2023 Winner List
 

Tahun ini, Malaysia Airlines berada di tangga ke-15 untuk anugerah World Best Cabin Crew 2023 Winner List. Jauh ketinggalan berbanding Singapore Airlines namun masih dalam senarai Top-20.

Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Garuda Indonesia Irfan Setiaputra melahirkan rasa terima kasihnya: “Garuda Indonesia sangat teruja menerima gelaran Kru Kabin Terbaik Dunia buat kali keenam di Anugerah Syarikat Penerbangan Dunia 2023. Pengiktirafan global ini mencerminkan bagaimana Garuda Indonesia, sebagai syarikat penerbangan nasional, menguruskan perkhidmatannya dengan teliti, termasuk memastikan layanan Indonesia dan keikhlasan yang disampaikan dengan baik daripada kru kabin kami kepada penumpang. Anugerah ini juga mengesahkan prestasi syarikat yang menunjukkan pemulihan positif selepas pandemik, yang diharapkan dapat memberi kesan berganda untuk semua aspek, khususnya terhadap industri pelancongan di Indonesia, dengan menyediakan perkhidmatan penerbangan yang menarik untuk semua orang. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penumpang kerana mempercayai perkhidmatan Garuda Indonesia untuk melancarkan perjalanan mereka. Pencapaian ini sememangnya menjadi motivasi kami untuk membangunkan lebih banyak inisiatif dan mengekalkan komitmen kami untuk meningkatkan keperluan kepuasan penumpang.”
 

SkyTrax World Best Cabin Crew 2023 Winner List

SkyTrax World Best Cabin Crew 2023 Winner List
 

Senarai Pemenang Anugerah Kru Kabin Syarikat Penerbangan Terbaik Dunia 2023.

1. Garuda Indonesia
2. Singapore Airlines
3. ANA All Nippon Airways
4. EVA Air
5. Hainan Airlines
6. Qatar Airways
7. Cathay Pacific Airways
8. Thai Airways
9. Emirates
10.Japan Airlines
11.Asiana Airlines
12.Fiji Airways
13.Qantas Airways
14.Oman Air
15.Malaysia Airlines
16.Korean Air
17.Austrian Airlines
18.China Southern Airlines
19.Vistara
20.British Airways

Secara peribadi, kami sendiri pernah terbang dengan Garuda Airlines, Thai Airways, Emirates, Japan Ailines, Malaysia Airlines, Korean Air dan China Southern Airlines. Memang ada banyak perbezaaan antara satu sama lain, dari segi servis dan menu makanan etc. InsyaAllah, kala ada rezeki memang kami nak cuba terbang dengan syarikat penerbangan yang lain.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.