Site icon Travel Blogger Malaysia

Slimmest Samsung Galaxy A8 Di Lancarkan Duta Juliana Evans

Model-Telefon-Terbaru-Samsung-Model-Galaxy-A8-Dan-Galaxy-A8-10

Semalam, Samsung Mobile Malaysia melancarkan koleksi smartphone mereka yang terbaru yang diberi nama Samsung Galaxy A8, smartphone Samsung yang ternipis dengan saiz skrin 5.7 inci. Pelancaran Samsung Galaxy terbaru ini adalah sebahagian dari koleksi range Samsung Galaxy A5 dan A7 yang telah dilancarkan awal tahun.

Siri telefon pintar Galaxy Siries ini bukan hanya dengan saiz yang nipis,tetapi ia juga datang ‘metal body’ yang tahan lasak, prestasi kelajuan yang terbaik dengan kelebihan Apperture f1.9 kamera depan dan belakang untuk kualiti gambar di keadaan ‘low light’.

 


Slimmest Samsung Galaxy A8 Di Lancarkan Duta Juliana Evans

Samsung Galaxy A8 launch Malaysia
Pelancaran Galaxy A8 Di Malaysia
Juliana Evans : Duta Galaxy A8
Duta tak berbayar Samsung Galaxy A8

 

Untuk smartphone Samsung Galaxy A Series kali ini, pihak Samsung Mobile memperkenalkan Juliana Evans, selebriti Malaysia sebagai Duta Galaxy A8 dan ia bersesuaian kerana model Galaxy yang stylish, dicipta dengan cantik, nipis dan elegan dan sesuai untuk golongan muda-muda.

Antara spesifikasi ringkas smartphone terbaru Samsung ini ialah : 

Display : 5.70-inch Super Amoled
Processor : 1.3GHz
Rear Camera : 16-megapixel
Front Camera : 5-megapixel
Resolution : 1080×1920 pixels
RAM 2GB
OS : Android 5.1.1
Storage : 16GB
Rear Camera : 16-megapixel
Battery capacity : 3050mAh

 

Secara peribadi rekaan Samsung Galaxy terkini ini memang cantik dan ia memang sangat wide untuk fungsi Selfie. Di tambah dengan kapasiti 16Mp untuk kamera belakang dan 5Mp untuk kamera depan, dilengkapkan dengan f1.9 Apperture kamera untuk hasil gambar yang cantik.

Saiz dan jangka hayat bateri untuk Samsung Telefon Pintar A8 dipertingkatkan dan kini ia disertakan dengan 3,050 mAh bateri untuk tahan lama dari biasa. Pun begitu saiz bateri ini tetapi nipis dan tidak memberatkan anda.

Fungsi lain seperti ‘fingerprint scanner’ bersama smart manager adalah untuk sekuriti dan keselamatan data smartphone Galaxy terbaru ini. Ia datang dengan kapasiti saiz 2 GB RAM dan Internal storage 32GB cukup untuk kegunaan biasa. Untuk yang sukakan storan besar, anda boleh muatkan External Memory Card sehingga 128GB

Harga Samsung Galaxy A8 di Malaysia dijual dengan harga RM1,888.00 termasuk GST dan ia boleh diadapati di semua wakil jualan Samsung Mobile Malaysia bermula semalam.

Exit mobile version