Rasanya, sudah sampai saya mencari Smartwatch terbaik untuk pantau kesihatan. Semakin berusia, semakin kena jaga kesihatan. Alhamdulillah, sekarang aktif juga dengan aktiviti mengayuh basikal Folding Bike sekitar Kuala Lumpur. Sudah lebih setahun, walaupun tidak sejauh rakan-rakan lain membuat kayuhan Grand Fondo 100km, tetapi cukup untuk membuatkan peluh keluar. Rasa semakin segar dan bertenaga sedikit berbanding sebelum ini.
Hari ini, lebih ramai orang mula menyedari kepentingan mengekalkan kesihatan yang baik dan melihat kesan positif dalam setiap aspek kehidupan mereka. Walaupun kekal dalam keadaan baik boleh dilakukan dalam pelbagai cara, termasuk makan bersih dan bersenam, teknologi memainkan peranan yang besar dalam memberi peluang kepada orang ramai untuk mendapatkan penilaian yang lebih baik tentang kesejahteraan keseluruhan mereka melalui jam tangan pintar.
Baca : Harga Samsung Galaxy Watch4 Di Malaysia
Mencari Smartwatch Terbaik Untuk Pantau Kesihatan
Siri Samsung Galaxy Watch4 baharu didatangkan dengan teknologi Sensor BioActive unggul Samsung yang berfungsi dengan tepat dalam menjejaki vital anda. Dengan siri Galaxy Watch4 pada pergelangan tangan anda, anda boleh mendapatkan analisis cepat, masa nyata bagi kadar denyutan jantung anda, tahap oksigen darah dan juga mengira Komposisi Badan anda.
Sebagai salah satu daripada beberapa barang boleh pakai di pasaran yang menawarkan analisis Komposisi Badan, ciri ini boleh memberi manfaat yang besar kepada anda dengan memberikan ringkasan lengkap keseluruhan kecergasan anda dalam masa nyata dengan serta-merta. Dengan cara ini, anda boleh mendapatkan pandangan yang lebih holistik dan berharga tentang kesihatan anda pada bila-bila masa.
Banyak yang menarik tentang smartwatch Galaxy terbaru ni. Pengguna boleh mengetahui tentang otot rangka anda, kadar metabolisme basal, air badan dan peratusan lemak badan dalam hanya 15 saat, dan berusaha ke arah matlamat kecergasan yang anda inginkan dari sana.
Sangat menarik. Rekaan jam juga ada pelbagai warna dengan rekaan klasik yang cantik.