Smartwatch Kieslect KS Jam Raya Pintar Ada Pelbagai Fungsi
|Kali ini nak reward myself selepas sebulan penat dengan projek Matta Fair Mac 2023. Selepas Ramadhan, InsyaAllah projek Travel Blogger Malaysia akan kembali meriah dengan pakej travel murah ke Korea Selatan, Jepun, Turkiye, Eropah dan mungkin akan ke Balkan. Sebab itu, saya sendiri perlukan jam pintar baru untuk travel. Pilihan kali ini, model Smartwatch Kieslect KS Jam Raya Pintar ada pelbagai fungsi terbaik untuk si pemakai. Bukan itu sahaja, harga yang ditawarkan jauh lebih murah, tetapi masih ada ratusan mode terkini untuk gaya hidup moden.
Buat tempahan secara online, dan tak sampai 7 hari korang akan dapat jam pintar idaman. Pertama kali melihat model ini, anak-anak saya juga turut teruja. Rupanya, rekaan ini bukan sahaja cantik di mata kami orang-orang berusia, tetapi golongan remaja juga masih menaruh minat kepada rekaan seperti ini. Mungkin model ini model paling popular?
Baca : Kalau Lapar Beli Pizza Secara Online
Smartwatch KieSlect KS Jam Raya Pintar Ada Pelbagai Fungsi
Ramai mungkin sudah selesa dengan pakai jam pintar (smartwatch) kan? Jadi, model Kieslect ini memang kami syorkan untuk korang semua. Syarikat pengeluar dan pengedar jenama ini dah lama bertapak di Malaysia, sejak tahun 2017 lagi. Ada beberapa produk mereka sudah masuk pasaran Malaysia sejak dulu dan mereka antara syarikat yang established di seluruh dunia. Mereka ada di lebih 60 buah negara dan lebih 5000 pasaran seluruh dunia dengan penarafan diyakini oleh CE, RoHS, FCC dan UKCA.
KieSlect KS Smartwatch 100 Sports Mode | SpO2 | Sleep Monitoring | Heart Rate Sensor Smart Watch (1.78”) dijual di pasaran Malaysia dengan harga cuma RM349 sahaja. Kalau nak tahu, harga ini jauh lebih murah berbanding jam pintar yang dalam segmen setarafnya. Sangat berbaloi.
Set lengkap smartwatch ini datang dengan jam tangan, seutas tali jam bermagnet reversible (dengan pilihan warna hitam dan juga kuning dan oren), seutas tali jam getah berwarna hitam, screen protector, usb cable charger serta buku manual.
Rekaan model Kieslect KS didatangkan dalam bentuk empat segi tetapi mempunyai curve dibahagian tepi. Rekaan elegen dengan kemasan pin pusing jam sebagai pendail dan satu butang sebelah kanan jam. Sensor dibawah jam pula berfngsi untuk merekod nadi pemakai untuk diproses dan kemudian diterjemahkan ke dalam beberapa mode Sports serta bacaan heart beat si pemakai.
Model ini adalah model kalis air tetapi jangan pula dibawa berenang di kolam yang dalam.
Kalau nak cerita pasal fungsi, sangat banyak. Namun, untuk pengguna orang dah berusia macam saya, fungsi Abnormal Hear Rate Warning pasti akan membantu. Kami memang perlu ‘personal watcher’ yang boleh ingatkan kami supaya cukupkan langkah sekurang-kurangnya 10,000 steps sehari serta gadget yang boleh mengawal heart rate kami seharian. Lagipun, jam Kieslect KS ini ada lebih 100 Sports Modes yang boleh kami guna dalam aktiviti seharian.
Untuk remaja seperti anak-anak saya, mereka sangat suka dengan fungsi High Definition Music Playlist yang boleh anda dengar di Smartwatch korang. Terbaik. Selain itu, Stable BT 5.2 Calling memang sangat membantu, tak perlu lagi nak Loud Speaker di smartphone, hanya guna di smartwatch sahaja. Mudah kan? Spesifikasi 2-in-1 Core calling chip ini antara yang terbaik selepas apa yang ada dalam produk Samsung dan Apple. Namun, dengan harga yang sangat berbaloi, kualiti terbaik masih lagi ada didalam peranti jam ini.


Apa tunggu lagi? Bagi yang berminat, korang boleh beli smartwatch Kieslect ini di pautan belian Online ini. Untuk tempoh terhad dan siapa cepat dia dapat, mereka tawarkan DISKAUN sebanyak RM10 dengan menggunakan KOD : KIESKS.
Beli produk rasmi Kieslect di kedai Online Shopee Kielect Malaysia Official Store
Atau layari https://www.kieslect.shop
Kaki Media Sosial, boleh jenguk laman sosial mereka Kieslect Official
Facebook : https://www.facebook.com/Kieslect.MY
Instagram : https://www.instagram.com/kieslect_malaysia/
TikTok : https://www.tiktok.com/@kieslectmalaysia
Twitter : https://twitter.com/KieslectMY
Lemon 8 : https://www.lemon8-app.com/kieslectmalaysia
salam aidilfitri bro., ;p